Malaysiakini
SENI & HIBURAN

Kes tular pelawak gaduh: Polis minta penghantar makanan tampil

Diterbitkan

Polis menggesa penghantar makanan yang yang terbabit dalam kejadian pergaduhan dengan seorang individu yang dikatakan pelawak terkenal dalam kejadian selisih faham di jalan raya pada 1 Mei lalu untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku lebih kurang jam 6.30 petang itu telah tular di media sosial.

“Melalui video yang berdurasi lebih kurang 23 saat itu kelihatan artis tersebut sedang berselisih faham dengan seorang lelaki penghantar makanan.

“Kejadian berlaku di hadapan kedutaan Rusia dan dikatakan tercetus akibat selisih faham di jalan raya.

“Pihak polis meminta kerjasama individu yang terlibat untuk tampil membuat laporan agar siasatan dapat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, portal ini melaporkan seorang pelawak dilihat merangkul leher lelaki berkenaan sambil memukul kepalanya di tepi jalan raya.

Beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian telah bertindak meleraikan pergaduhan tersebut. 

Noor Azmi berkata, sehingga kini, hanya satu pihak saja yang tampil membuat laporan polis tentang kejadian tersebut.

“Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan artis terbabit berkaitan kejadian ini.

"Setakat ini, pihak penunggang motosikal tersebut masih belum membuat laporan polis," katanya.

Pada masa sama Noor Azmi berkata, siasatan masih dijalankan dan pihaknya menyeru agar orang ramai yang mempunyai maklumat untuk turut tampil ke depan bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.