Syarikat China ByteDance, pemilik paltform media sosial popular TikTok, mencatatkan kerugian bersih US$45 bilion tahun lalu, terutamanya disebabkan penyediaan bantuan, lapor Sputnik memetik Wall Street Journal.

ByteDance dalam satu kenyataan pada Khamis berkata syarikat ini mengalami kerugian operasi sebanyak US$2.1 bilion pada 2020, sebahagiannya disebabkan kos yang lebih tinggi untuk membayar pampasan kepada pekerja.

Bagaimanapun, ByteDance turut mencatatkan peningkatan pendapatan dua kali ganda kepada US$34.3 bilion sepanjang tahun lalu, terdapat kira-kira 1.9 bilion pengguna aktif di semua platformnya, termasuk Douyin, TikTok versi China, dan platform kandungan berita Jinri Toutiao.

Syarikat berpangkalan di Beijing itu ditubuhkan pada 2012.

-Bernama