Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bekas ratu cantik negara tumbuk polis, rempuh sekatan jalan raya
Diterbitkan:  Jul 8, 2021 4:40 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Bekas ratu cantik negara ditahan selepas bertindak menumbuk anggota polis serta merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan kira-kira jam 3 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 28 tahun tu bertindak agresif dipercayai akibat mabuk.

Katanya, dalam kejadian itu, wanita terbabit memandu kenderaan bersama rakannya dari arah Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya.

"Namun sebaik tiba di SJR Lebuhraya Persekutuan, suspek tidak memberhentikan kenderaan dan merempuh sekatan berkenaan.

"Susulan itu, anggota kereta peronda polis (MPV) mengejar kenderaan suspek sebelum berjaya menahannya," katanya dipetik Harian Metro.

Mohamad Fakhruddin berkata, ketika cuba ditahan, suspek bagaimanapun menumbuk anggota polis berkenaan.

"Turut cedera adalah rakannya akibat dipukul suspek yang dipercayai mabuk,” katanya.

Menurut Mohamad Fakhruddin, wanita berkenaan berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

"Suspek kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Lihat Komen
ADS