Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
PAS: Konsert bertalu-talu ini kerja gila, Allah murka
Diterbitkan:  Aug 19, 2022 4:21 PM
Dikemaskini: 12:40 PM

Pemuda PAS hari ini mengecam penganjuran konsert di Malaysia yang menurut dewan itu berlangsung secara “bertalu-talu”.

“Penganjuran konsert-konsert bertalu-talu adalah kerja gila menjemput kemurkaan Allah SWT. 

“Hentikan kerja-kerja begini. 

“Jangan dicabar emosi umat Islam. Pihak berwajib mohon dengar suara umat Islam sebelum datang kemurkaan Allah SWT,” kata ketuanya Ahmad Fadhli Shaari.

Ahmad Fadhli tidak merujuk kepada mana-nama konsert secara khusus. 

Bagaimanapun kenyataan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas penyanyi antarabangsa Billie Eilish menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Billie Eilish

Penampilan sulung Eilish itu menyaksikan sambutan hangat peminat yang membanjiri perkarangan stadium sejak pagi, walaupun konsert hanya akan berlangsung di sebelah malam.

Tahun ini kegiatan konsert di ibu negara semakin rancak menjelang peralihan ke era endemik Covid-19. 

Antara konsert lain sebelum ini termasuk Search, Dewa dan Kembara.

Sementara itu, meluahkan kekesalannya di Facebook, Ahmad Fadhli berkata apa yang dibangkitkannya itu bukan soal politik tetapi agama.

“Umat Islam perlu bersatu hati menentang,” katanya.

Lihat Komen
ADS