Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kedah haramkan semua konsert serta-merta
Diterbitkan:  Oct 3, 2022 3:21 PM
Dikemaskini: 9:16 AM

Kerajaan Kedah mengharamkan serta-merta penganjuran konsert di negeri itu ekoran insiden dalam program Muda Mudi Weekend Fest (MMWF) yang tular di media sosial.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata sebaliknya kerajaan negeri menggalakkan sebarang acara yang menyihatkan badan seperti program larian, berbasikal, memancing dan lain-lain selagi ia selari dengan tatasusila masyarakat tempatan

"Kejadian muda-mudi terkinja-kinja tanpa arah gara-gara konsert hiburan di Balai Seni Alor Setar kelmarin menjadi penanda aras bahawa sebarang aktiviti yang boleh meransang pelanggaran norma masyarakat tempatan tidak boleh diberikan ruang untuk membiak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular rakaman video memaparkan aksi penonton MMWF yang dilihat asyik menari.

Ia kemudian mengundang kritikan ke atas kerajaan negeri - yang diterajui PAS - mengenai langkah kawalan yang diambil pihak berkuasa.

Klip video itu juga menjadi perhatian ramai kerana lokasi kejadian adalah berhampiran dengan Masjid Zahir di tengah Alor Setar.

"Semua pegawai daerah yang mempengerusikan jawatankuasa berkaitan perlesenan hiburan telah dimaklumkan tentang hal ini dan arahan ini berkuatkuasa serta-merta," tegasnya.

Lihat Komen
ADS