Malaysiakini Surat

Ke mana RM40,000 wang peneroka?

Bala  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Saya anak seorang peneroka Felda Sungai Tengi yang terletak di kawasan Hulu Selangor. Ia sudah berusia lebih kurang 30 tahun.

Baru-baru ini, pihak pengurusan Felda telah memperkenalkan skim pinjaman untuk pembinaan semula rumah peneroka berjumlah RM40,000.

Setelah melawat rumah yang telah siap dibina, saya dapati ia hanya mempunyai ruang tamu dan sebuah bilik. Tiada ruang dapur dan bilik mandi. Sedangkan rumah murah di pasaran mempunyai kesemua ruang dengan harga yang lebih rendah.

Soalan saya, ke mana perginya RM40,000 tersebut? Siapa yang membuat duit dalam kontrak ini?

Kerajaan melaungkan untuk menaik taraf peneroka tetapi inilah yang berlaku di rancangan Felda. Kasihanilah peneroka.