Kelakar rasanya, perut kita bagaikan digeletek dengan peristiwa demonstrasi sekitar 21 orang yang mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat.
Mereka mengaku penyokong PAS, kononnya.
Ia satu lagi "projek kerajaan Barisan Nasional" yang awal-awal lagi gagal. Mereka merancag dan menggembar-gemburkan seolah-olah Datuk Dr Hasan Ali akan membuat onar jika keputusan jawatankuasa disiplin PAS tidak memihak kepada beliau.
Mereka berdemonstrasi dengan harapan jika Pakatan Rakyat atau PAS melatah, tentunya ada wakil rakyat Pakatan (baca: Dr Hasan) akan dikenakan tindakan.
Umno dan BN yang dilihat terdesak di Selangor mengharapkan jika wakil rakyat Pakatan melepaskan jawatan atau dipecat oleh parti, mereka akan bersorak untuk mengadakan pilihan raya kecil.
Malangnya perancangan mereka ini awal-awal lagi tidak termakan oleh rakyat, ahli atau kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.
Kasihan, orang lain menganjurkan demonstrasi boleh mengumpulkan puluhan ribu penyokong. Umno menganjurkan demonstrasi tetapi dapat kumpul 21 orang sahaja!
