Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya tertarik dengan cadangan pemotongan gaji oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) yang akan dilaksanakan tahun hadapan, bagi pembayaran balik pinjaman.

Bagi saya, pemotongan gaji secara paksa-rela adalah jalaan terakhir dijalankan dan bukanlah untuk mencerminkan bangsa Malaysia yang suka memaksa. Pelbagai lagi cara yang boleh dilaksanakan bagi memastikan pembayaran balik PTPTN.

Bagi saya, antara sebab mengapa peminjam tidak menjelaskan pinjaman adalah medium pembayaran itu sendiri. Dalam zaman siber kini, pembayaran secara online amatlah bersesuaian dan sangat digalakkan kerajaan (melalui malaysia.gov.my) berbanding konvensional ke pejabat PTPTN atau ejen-ejen pembayaran PTPTN.

Walaupun sudah ada pembayaran melalui online, ianya tidak mesra pengguna dengan tidak menggunakan cara "login" yang mudah serta, pembayaran memerlukan lebih daripada 10 klik.

Pembayaran secara online kini juga hanya dapat dijalankan pada waktu pejabat walhal penggunaan IT adalah bagi memastikan perkhidmatan sepanjang masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun.

Suka saya cadangkan di sini beberapa cara bagi memudahkan pembayaran pinjaman PTPTN.

1. Permudahkan pembayaran melalui lamanweb PTPTN - kurangkan sehingga 5 klik bagi setiap pembayaran.

2. Permudahkan pembayaran melalui perbankan elektronik - pendaftaran akaun pembayaran peminjam PTPTN dengan mudah.

3. Perkhidmatan pembayaran berterusan - pinjaman boleh dibayar pada bila-bila masa secara online .

4. Laman khas untuk bayaran - satu laman baru untuk bayaran pinjaman (cth: www.bayarptptn.gov.my).

5. Pemotongan secara rela - beri pilihan untuk peminjam untuk membuat pemotongan dan galakan daripada majikan.

Bagi saya pemotong secara paksa-rela adalah satu tindakan drastik yang menunjukkan badan ini sudah terdesak untuk mendapatkan bayaran balik. Ini tidak wajar bagi peminjam kerana kebanyakan mereka tidak ingin menjelaskan pinjaman, bukan kerana 'degil' tetapi kekangan masa dan medium membuat mereka menangguh dan tidak menjelaskan pinjaman. Pelbagai langkah berterusan boleh dilaksanakan bagi memupuk budaya masyarakat Malaysia.

Saya amat berharap agar mana-mana pihak dapat memanjangkan cadangan saya kepada mereka yang berkenaan, agar PTPTN dapat membina imej yang mesra dan inovatif di mata peminjam.

ADS