Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Salam,

Pada hari Jumaat, 17 September 2010 yang lalu, saya berkesempatan bersolat Jumaat di Masjid Al-Hidayah di tengah-tengah bandar Lahad Datu.

Masjid yang tersergam indah dengan kubah biru itu rupa-rupanya menghadapi masalah air.

Hanya beberapa paip sahaja yang boleh digunakan untuk mengambil wuduk dan ini menyebabkan kami terpaksa berbaris untuk mengambil wuduk.

Mendengar khutbah disampaikan, saya dapati bahawa khatib yang bertugas melakukan banyak kesilapan dalam menyebut dan membaca bahasa Arab, ayat al-Quran dan beliau juga tersalah dalam membaca beberapa perkataan.

Untuk bahasa Arab, khatib ada terlangkau beberapa perkataan hingga merosakkan makna. Beliau juga salah membaca beberapa perkataan.

Untuk ayat al-Quran, khatib gagap dalam membaca ayat serta beberapa kesalahan baris. Khatib juga salah menyebut beberapa perkataan (saya tidak tahu sama ada teks khutbah dalam jawi atau rumi), yang paling ketara, perkataan "masjid sebagai premis" dibaca sebagai "masjid sebagai permaidani".

Bagi saya kesalahan-kesalahan yang dinyatakan ini sangat perlu dibaiki oleh khatib berkenaan. Saya mencadangkan agar khatib tersebut mengikuti kelas tajwid, al-Quran dan juga bahasa Arab agar beliau dapat membaiki kekurangan ini dan mengelakkannya daripada berulang.   


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS