Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Rata-rata di dalam dada akhbar dan layar televisyen telah memaparkan kepada kita betapa buruknya BERSIH 2.0. Perhimpunan Bersih kali ini merupakan perhimpunan yang kedua kesinambungan dari perhimpunan Bersih yang pertama pada tahun 2007.

Perhimpunan yang  pertama telah menunjukkan kepada kita perhimpunan pada ketika itu telah diakui oleh semua pihak berlaku dalam keadaan  yang aman.

Justeru perhimpunan Bersih kedua pada kali ini kenapa perlu dihalang?Adakah menjadi kesalahan jika rakyat dan anak muda berhimpun?

 Saya selaku Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia berpendapat perhimpunan ini wajar dilakukan kerana bukti perhimpunan lepas adalah aman dan tiada sebab pihak tertentu sepeti Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengharamkan perhimpunan ini. Ini adalah hak rakyat untuk berhimpun.

Perhimpunan ini adalah tuntutan daripada rakyat supaya perjalanan Pilihanraya Umum berjalan dalam keadaan Bersih dan  tiada campur tangan dari pihak luar.

Pihak kerajaan  jangan sesekali mengugut mahasiswa supaya jangan turun. Saya mewakili front mahasiswa akan terus menggesa dan mewajibkan semua mahasiswa untuk turun dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini demi menyatakan kebersamaan kami. Kami tidak akan sesekali takut dan gentar dengan setiap ugutan dari pihak yang mengharamkan Bersih 2.0 ini.

                        

Segala paparan yang ditunjukkan dalam akhbar dan televisyen adalah berat sebelah yang dimainkan oleh kerajaan dalam  memburukkan Bersih 2.0. Tidak sekalipun pihak Bersih 2.0 ini diberi ruang untuk menjelaskan isu perhimpunan ini. Kerajaan telah mencabul stesyen penyiaran dari belakang supaya stesyen penyiaran mengikut telunjuk kerajaan ibarat seperti lembu dicucuk hidung .

Mahasiswa secara amnya dan Gamis secara khususnya menyatakan sokongan yang  jitu untuk Bersih 2.0 ini kerana perhimpunan ini adalah agenda rakyat. Kami akan bersama-sama rakyat dalam meneruskan agenda ini supaya kerajaan tahu dengan kuasa rakyat dan mahasiswa akan menumbangkan kerajaan yang menindas rakyat.

Kami ini adalah merupakan sebahagian daripada entiti rakyat. Saya berpesan kepada kepada pihak kerajaan jangan  sesekali membodohkan rakyat dan mahasiswa dengan mempergunakan ‘lembu-lembu’ yang dipegang oleh ‘pencacai’ dalam  menghalang kebangkitan  rakyat yang sudah cerdik.


Penulis adalah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 10/11


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS