Nama kerja nampak macam gah, Pemandu Airport Limo.
Tapi hakikatnya sebaliknya dan jauh berbeza. Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang bekas pemandu Airport Limo di Seremban, sudah berkahwin dan mempunyai anak. Dia menceritakan kepada saya dalam nada sedih dan sebak betapa susahnya menjadi pemandu Airport Limo ini.
Dari nak kejar trip, sewa yang mahal, memandu dalam keadaan yang amat mengantuk sampai hampir kemalangan sebab nak kejar trip, akan didenda oleh syarikat jika langgar kontrak dan sebagainya.
Tapi akhirnya wang bersih untuk belanja dapur amat sedikit. Anak nak minta belanja sekolah pun tak ada. Begitu sedih dan geram dengar cerita dia. Lebih baik jadi pengemis dari jadi pemandu Airport Limo agaknya pada fikiran saya.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti bekerja sebagai pemandu Airport Limo. Dia pun bekerja sebagai pekerja kilang dengan gaji sekitar RM1000 sebulan. Dia amat bersyukur dapat bekerja dengan gaji sekitar RM1000 tersebut dari menjadi pemandu Airport Limo.
Itu baru kisah para pemandu Airport Limo.
Belum lagi kisah begitu ramai pemilik rumah yang bekerja tetap dengan gaji sekitar RM1000 ke RM 2000 di Seremban dan mungkin di seluruh Malaysia yang rumah mereka dapat notis akan dilelong apabila tidak bayar ansuran pinjaman bank sebanyak 3 bulan.
Hairan saya macamana Skim Rumah Pertama , Skim Rumah Mampu Milik dan macam-macam skim perumahan rakyat dilancarkan ketika ini, tetapi hakikatnya masih ramai rakyat mendapat notis lelongan rumah dan masih banyak projek perumahan terbengkalai belum dipulihkan.
