Most Read
Most Commented
Read more like this

Saya merujuk kepada artikel Hari pertabalan: detik bermulanya kesedaran semula budaya sendiri

oleh Wan Hamidi Hamid yang di bawah nota kaki mempunyai pengalaman 15 tahun dalam bidang kewartawanan.

Sukar untuk mencari perkataan yang sesuai tetapi tulisan beliau terlalu emosional dan dangkal. Contoh-contoh yang beliau gambarkan mengenai pemerintahan Islam juga tidak tepat.

Beliau menulis, Hari ini sepatutnya menjadi peringatan kepada rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, betapa budaya bangsa menjadi satu-satunya teras kehidupan menolak terus hakikat yang Islam ialah ' a way of life '.

Islam tidak menolak budaya dan budaya Arab bukan sebahagian dari Islam. Islam tersebar dari dunia Arab. Tidak timbul untuk menjadi Arab dan meng'Arab'kan Melayu atau bangsa lain. Kalau beliau datang ke bumi Arab sendiri, tiada paksaan untuk berpakaian Arab.

Malah di Dubai, penulis sendiri sering berbaju Melayu untuk bersiar dan membeli-belah kerana kebanyakan ekspatriat lebih selesa dengan pakaian tradisional masing-masing.

Budaya Melayu yang asal banyak yang melanggar hukum agama dan untuk mempertahankan budaya sedemikian atas nama Melayu bererti menolak ajaran Islam sendiri. Tentunya kita lebih rela membuang apa yang kurafat dari menjadi penganut yang fasik.

Saya tidak menolak beberapa sebab yang beliau nyatakan tetapi sepatutnya juga dalam memperkatakan kemunduran bangsa Melayu, penulis mesti melihat realiti kepimpinan sepanjang 20 tahun lalu. Apakah kerana budaya Arab dan Islam, seperti yang beliau gambarkan menjadi faktor utama, dan bukan kepimpinan Melayu  'dulu, kini dan selamanya' yang terus memerintah secara 'pecah dan perintah'?

Kita janganlah bodoh sombong di bawah tempurung Melayu, atau terkeliru dengan perbezaan antara Arab dan Islam.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS