Saya seorang Indonesia yang sangat tidak setuju dengan apa yang telah saudara-saudara saya lakukan beberapa waktu lalu dengan membakar "Jalur Gemilang" sebab saya juga akan sangat marah kalau "Merah-Putih" saya dibakar oleh orang lain, tidak kira siapapun mereka.
Mereka yang membakar Jalur Gemilang memang pantas dipersalahkan. Tetapi, mari kita melihat perkara ini satu persatu. Secara pribadi, saya setuju dengan apa yang diucapkan oleh Speaker Amien Rais, bahawa kami selaku sebuah bangsa, pantas merasa terhina dengan hukuman cambuk (rotan) yang diamalkan di Malaysia.
Meskipun begitu, ia tidak bererti kami bersetuju saudara-saudara kami bekerja di Malaysia secara haram. Tetapi, setelah dihukum penjara, apakah perlu lagi dicambuk? Apakah ianya berdasar hukum agama Islam? Yang saya yakini, Malaysia hanya merasa putus asa menghadapi masalah pekerja tanpa izin yang terlalu besar jumlahnya.
Namun, mari kita ingat bahawa dalam Islam, agama kita melarang berlaku tidak adil pada sekelompok orang hanya kerana kita merasa marah. Ini lebih tidak dapat difahami karena Malaysia dan Indonesia adalah dalam rumpun yang sama.
Daripada jumlah kira-kira 100 pendatang tanpa izin yang dihadapkan ke mahkamah, berapakah daripada mereka itu para majikan? Adakah majikan kepada pekerja terbabit turut sama didakwa di mahkamah?
Tunjuk perasaan juga berlaku di depan Kedutaan Malaysian di Filipina. Mereka juga membakar Jalur Gemilang. Mereka membantah layanan Malaysia terhadap pendatang tanpa izin dari negara itu yang mahu dihantar pulang, terutamanya di Sabah.
Dua kejadian yang hampir serupa tetapi terjadi di tempat dan orang yang berbeza. Apa yang akan Malaysia katakan mengenainya?
Tidak ada di antara kami yang tidak berterimakasih atas wang yang telah kami dapat hasil bekerja di Malaysia.
Malaysia memang lebih kaya dan makmur daripada negara kami sendiri. Tetapi, ia tidak bererti kemanusiaan dan harga diri kami boleh dihina dan diperlakukan sekehendak hati. Bahawa ada di antara kami juga yang mencari wang secara tidak halal, itu memang kami akui. Tetapi, hitunglah berapa jumlah mereka, dibandingkan dengan kami yang bekerja secara halal.
Dan jangan lupa untuk menghitung juga bahawa Putrajaya, Litar F1 di Sepang, Menara Kembar Petronas dan banyak bangunan megah lainnya, dibangun oleh puluhan ribu pekerja luar Malaysia, sebahagian besarnya dari Indonesia.
Saya sendiri berada di Malaysia selama dua tahun. Saya sudah berpuluh kali melihat, mendengar, atau mengalami sendiri bentuk-bentuk penghinaan orang Malaysia terhadap kami. Saya juga amat kecewa dengan beberapa akhbar Malaysia yang menggambarkan betapa 'baik hatinya' Malaysia kepada kami, dan bagaimana buruknya kami.
Sebenarnya, tiada niat untuk melakukan kritik terhadap diri sendiri mahupun kepada pemerintah kerana kami, sebagai pendatang asing, sudah faham bagaimana buruknya kami diperlakukan.
Jumlah orang Muslim di Malaysia jauh lebih banyak daripada Australia. Tetapi, Australia lebih manusiawi memperlakukan pendatang haram. Saya fikir, ini adalah gambaran dari Si Kaya yang mengalami kejutan budaya, dan sedikit lupa diri untuk bertingkah laku tawaddu'.
Jangan beli harga diri kami dengan kekayaan anda! Semoga Allah mempersatukan hati-hati orang Mukmin.
