Most Read
Most Commented
Read more like this

Berhubung isu bahasa Inggeris yang hangat diperkatakan sekarang, Umno berulangkali menafikan adanya komplot politik yang tersirat. Bagaimanapun, adalah tidak susah bagi kita mengesan halatuju politik dalam pertukaran mengejut ini dan seterusnya mendapati isu ini kurang kena mengena dengan pendidikan.

Masalah ekonomi telah mewujudkan masalah politik bagi Umno di mana ramai graduan Melayu yang sukar mendapat kerja, mungkin melepaskan kemarahan kepada Umno. Inilah yang membimbangkan Umno.

Sekiranya ditinjau secara objektif, ia ada kaitan dengan masalah ekonomi global serta ekonomi-politik dalaman, iaitu budaya kronisme. Ketika ekonomi melambung, orang Melayu mendapat sedikit ganjaran dari segi peluang pekerjaan dan merasa optimis dari perkembangan ekonomi negara.

Tetapi apabila ekonomi menurun, Umno yang sebelum ini mendabik dada tentang kejayaan formulanya, cuba menutup kelemahan dari segi ekonomi kronisma dan korupsi (yang dipopularkan sebagai KKN melalui bahasa Reformasi) melalui pelbagai cara.

Ini termasuk menuduh orang luar (George Soros antaranya), pernah menjadi satu taktik yang digunakan tetapi ianya tidak dapat bertahan lama kerana tidak berguna untuk menghidupkan semula ekonomi, sebaliknya menimbulkan kemusuhan dari luar negara!

Cara rasional untuk cuba mengubati KKN pula adalah pahit kerana kos politiknya yang terlalu tinggi bagi Umno dan Dr Mahathir Mohamad. Sebaliknya beliau cuba menyelamatkan kroni-kroni dengan dana negara, seperti dalam kes MAS, Renong, Bank Bumiputera dan lain-lainnya.

Bagaimanapun, ada berapa kroni disingkirkan sebagai `scapegoat' (kambing hitam) tetapi kroni baru mengambil tempat mereka. Setiap penyelamatan kroni bermakna lesapnya dana yang boleh menolong rakyat dan bertambah pula hutang negara. (Setiap rakyat berhutang lebih RM6000.00 mengikut belajawan terbaru!)

Masalah berpunca dari kelemahan ekonomi kroni ini mesti ditutupkan sekiranya Umno tidak mahu meletup pada pilihanraya umum nanti! Jadi perlulah satu misi untuk memesongkan perhatian Melayu ke isu lain — inilah latarbelakang isu penggunaan bahasa Inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matermatik di sekolah!

Inilah politiknya. Masalah pengangguran graduan Melayu dan kekurangan pelaburan asing dipersalahkan ke atas orang Melayu sendiri, iaitu mereka kurang fasih berbahasa Ingeris sebagai bahasa antarabangsa!

Melayu yang mudah merasa kekurangan keyakinan diri dan keyakinan budaya sendiri dalam keadaan ekonomi yang mendesak, tiada banyak pilihan kecuali terikut-ikut dengan `ubat' baru Dr Mahathir!

Sekiranya`ubat' ini diterima maka tentangan kaum lain terhadap dasar baru pendidikan itu boleh ditunjukkan sebagai rintangan kepada kemajuan Melayu. Dengan itu pertengkaran antara kaum boleh dicetus untuk mengkaburkan isu sebenar dasar ekonomi Umno!

Sekali lagi Umno boleh menjadi juara Melayu, dan sekaligus mengurangkan pengaruh agama PAS yang makin berjaya memikat Melayu !


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS