Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Seri Najib Razak,

Pemegang kad pemastautin sementara (IC hijau) diberikan pada mereka yang tidak mempunyai maklumat kewarganegaraan ibu/bapa dalam sijil lahir, walaupun mereka lahir di Malaysia.

Di Malaysia, jumlah pemegang IC hijau sekitar 40,000 orang dan ke atas.

Kalangan ini dianggap 'stateless person' (orang tanpa negara). Persoalannya, sampai bila mereka akan memegang status ini?

Sehingga kini, tiada apa-apa jalan penyelesaian untuk golongan pemegang IC hijau yang menghadapi masalah untuk bekerja, membuat pinjaman serta membeli kereta dan rumah.

Adakah tidak pernah terlintas di hati dan fikiran pemimpin untuk mewujudkan jalan penyelesaian untuk pemegang status pemastautin sementara, sama ada memberi taraf warganegara atau penduduk tetap melalui syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

Bukannya pemberian tersebut secara semberono sahaja.

Ada di kalangan mereka tinggal di Malaysia semenjak dilahirkan, ibu bapa dan keluarga mereka berada di Malaysia.

Jika ditakdirkan tarik luput di IC mereka sampai masanya, ke mana mereka akan pergi sedangkan mereka lahir, membesar, berkeluarga dan akhirnya meninggal di Malaysia?

Berlainan pula dengan taraf pemastautin tetap (PR/IC merah). Kumpulan ini datang ke Malaysia pada waktu-waktu tertentu, dengan syarat seperti boleh bertutur, berkahwin, tempoh bermastautin, lantas layak memohon menjadi warganegara.

Ia lantaran ada peruntukan perlembagaan untuk itu.

Bagi pemegang IC hijau, mereka biasanya lahir di Malaysia, akan tetapi sehingga kini tiada jalan untuk menukar status mereka. Tidakkah perlu satu peruntukan untuk memberi mereka jalan keluar?

Alasan yang ada ketika ini untuk menafikan sebarang permohonan dari pemastautin sementara adalah kerana tiada peruntukan.

Bukankah peruntukan tersebut datang dari manusia?

Malaysia ini sebahagian dari dunia, dunia ini hak Allah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS