Most Read
Most Commented
Read more like this

Merujuk kepada laporan Utusan Malaysia pada 2 Januari lalu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)a telah meluluskan skim pinjaman secara Islam bagi menggantikan sistem yang diamalkan sebelum ini.

Berikutan itu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa menyambut baik keputusan tersebut kerana ia mendatangkan kebaikan menyeluruh kepada kebajikan para mahasiswa. Secara tidak langsung, ia juga mencerminkan keprihatinan negara kepada golongan pelajar yang menjadi harapan masa depan bangsa dan negara.

Perkara ini semamangnya telah lama diperjuangkan mahasiswa sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Pertubuhan gabungan pelajar telah menyuarakan dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu kos perkhidmatan 4 peratus bagi pinjaman kelolaan PTPTN.

Pada 19 Januari 2001, mahasiswa telah menghantar memorandum mendesak dihapuskan faedah 4 peratus kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga PTPTN. Beberapa pihak seperti Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menyuarakan isu ini.

Ia kemudiannya disusuli demonstrasi aman mahasiswa pada 16 April 2001 di depan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Malah pertubuhan politik seperti Pergerakan Pemuda Umno dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), juga tidak ketinggalan menyuarakan isu yang sama.

Namun demikian, kami mencadangkan supaya pelaksanaan pinjaman secara Islam itu bukan hanya untuk pelajar yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi (IPTA), tetapi juga meliputi pelajar tajaan PTPTN sebelum ini, di samping memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang

Justeru itu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa mengharapkan agar pihak berkuasa akan memberi pertimbangan kepada cadangan-cadangan daripada para mahasiswa yang merupakan entiti "semak dan timbang" kepada proses pembangunan negara.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS