Most Read
Most Commented
Read more like this

Saya merujuk kepada kenyataan Datuk Nakhaie Ahmad mengenai kedudukan Datuk Mustafa Ali dalam PAS.

Apabila membaca kenyataan Datuk Nakhaie, saya berasa amat sedih dengan perubahan besar yang melanda beliau. Nyata sekali beliau kini benar-benar terpengaruh dengan budaya Umno yang terlalu mementingkan kedudukan dan pangkat demi untuk kesenangan diri sendiri.

Kenyataan beliau menggambarkan seolah-olah bagi beliau, semua manusia berkeinginan terhadap jawatan dan pangkat. Perasaan berat hati Datuk Mustafa Ali untuk menerima pencalonan untuk jawatan nombor 2 dalam PAS itu saya lihat sebagai bukti keikhlasan beliau dalam perjuangan parti.

Beliau tidak mementingkan jawatan dan kuasa tetapi tetap dengan pendirian bahawa prinsip perlu dipertahankan walaupun itu bermaksud beliau tidak akan "naik pangkat".

Beliau sanggup megorbankan kepentingan diri untuk memastikan konsep kepimpinan ulamak dipraktikkan. Bagaimanapun, sekiranya beliau dikehendaki oleh ahli PAS untuk menjadi timbalan presiden, maka saya pasti beliau akan menerima pencalonan itu.

Saya tidak nampak Datuk Mustafa tersepit. Beliau mempertahankan prinsip tanpa menolak sepenuhnya bahawa mungkin ramai ahli mahukan kepimpinan beliau. Tetapi Datuk Nakhaie yang nampaknya tersepit dan cuba mencari publisiti murahan dengan cara mengeluarkan kenyataan yang penuh dengan spekulasi kosong.

Mungkin beliau kesal kerana dalam Umno beliau langsung tidak termasuk dalam senarai orang kenamaan.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS