Most Read
Most Commented
Read more like this

Tindakan menggantung lesen adalah untuk menghukum yang bersalah. Apakah tindakan untuk mengurangkan kematian?

Silih tahun berganti dengan slogan dan kenyataan yang mengulangi perlunya dikurangkan kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan. Gejala ini juga menimbulkan beban kepada keluarga-keluarga yang malang.

Apakah setakat slogan di media dan kain-kain rentang di musim raya dapat mengurangkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu kenderaan di jalanraya. Sikap adalah suatu yang harus dipupuk dengan pendidikan dan penguatkusaan yang berterusan.

Jika diteliti usaha penguatkuasaan, laporan harian menunjukkan lebih 80 peratus saman trafik yang dikeluarkan adalah untuk kesalahan melebihi had laju. Kenderaaan digunakan untuk meringkaskan perjalanan dari segi masa. Tumpuan sekadar untuk mengeluarkan saman had laju sahaja tidak mencapai objektif untuk menerapkan sikap bertanggungjawab di jalanraya.

Kesalahan yang dilakuka terang-terang membelakangkan keselamatan pengguna, seperti melanggar lampu isyarat merah, berhenti di kotak kuning, berhenti di tempat laluan jalan kaki (di simpang lampu isyarat), berhenti di laluan trafik sesak dengan 'double parking', potong Q, menggunakan lorong bas.

Yang lainnya tidak menyelenggara kenderaan dengan sempurna atau tidak menepati peraturan memasang lampu cerah di belakang kenderaan, menyalakan lampu penanda yang cerah menghala ke belakang dan merah ke hadapan serta melubangkan lampu belakang (majoriti lori-lori).

Kesalahaan-kesalahan ini mungkin tidak menunjukkan bahaya serata-merta tetapi ini banyak menyumbang kepada gangguan dan keselesaan pengguna lain yang mengakibatkan kurang ketelitian dan kecuaian.

Maka semua pihak yang terlibat dalam Majlis Keselamatan Jalanraya harus lebih proaktik merangka program ke arah ini. Pihak penguatkuasa harus dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program-program ini bukan setakat membentangkan angka kejadian kemalangan dan jumlah saman.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS