Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Salam reformasi.

Saya dikejutkan oleh seorang rakan tentang laporan media Malaysiakini yang saya Datuk Mohd Idris Jusi, MP Batu Pahat (P150) 'ponteng' dalam perbahasan dan pengundian POTA.

Laporan itu sangat mengecewakan saya kerana pihak Malaysiakini telah meletakkan saya dalam senarai ponteng, pada hal saya hadir dan mengundi dalam setiap "belah bahagian" sehingga jam 2.30 pagi.

Laporan itu memberikan gambaran dan imej yang tidak baik terhadap saya dimata para pembaca, penyokong dan pengundi PR, khususnya bagi kawasan Parlimen Batu Pahat.

Saya minta pihak Malaysiakini menyatakan mohon maaf terhadap salah lapor tersebut dan menyatakannya secara jelas dalam tulisan sdr.

Saya juga berharap lain kali pihak Malaysiakini lebih berhati-hati bila melaporkan hal-hal sensitif seperti ini. Sewajarnya sebelum melaporkan pihak sdr mengambil masa untuk memghubungi saya dahulu untuk mendapat kepastian.

Nota editor: Kami mengambil maklum kesilapan kami memasukkan nama Idris Jusi dalam senarai tersebut. Senarai tersebut telah dikemaskini. Kami kesali kesilapan tersebut.

 

Lihat Komen
ADS