Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Katakanlah 47 tahun kita telah merdeka, apakah makna kemerdekaan yang kita pekikkan selama 47 tahun itu? Bangun Pak Menteri mengatakan kemerdekaan adalah pulangnya negara kita kepangkuan peribumi dari penjajah.

Jika ini takrifnya maka Thailand tidak merdeka. Perancis tidak merdeka. England tidak merdeka. Banyak lagi negara-negara di dunia ini tidak merdeka kerana negara-negara ini tidak pernah dijajah.

Muncul pula beberapa siswa-siswi di kaca TV menghuraikan erti kemerdekaan. Perkataan 'teras' dalam huraian mereka ialah 'kebebasan'. Apakah mereka betul-betul bebas hari ini?

Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah mencengkam mereka. Jika dengan cengkaman Auku mereka boleh kata mereka bebas, maka mereka tidak layak menjejak kaki ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Selama 47 tujuh tahun kita di perintah sendiri, di manakah orang Melayu hari ini? Kita bukan mahu membicarakan isu perkauman tetapi ingin menoleh kebelakang, melihat rancangan demi rancangan, program demi program, langkah demi langkah yang digubalkan untuk mengenengahkan orang Melayu. Tetapi semuanya gagal. Kenapa gagal? Tepuk dada tanya selera.

Tapi tak mengapa sebab Melayu mudah lupa. Bawa mereka berpesta. Nyanyikan lagu 'Si Luncai terjun dengan labu-labunya ... biarkan, biarkan. Hanyutlah orang Melayu. Bahasa Melayu telah punah, tanah rezab Melayu telah musnah, IPT Melayu pun telah bernanah.

Melayu mesti mampu berdikari. Kita cabut tongkat mereka supaya mereka boleh bersaing, kata pemimpin Melayu dengan kuatnya, dan kita pakai sendiri tongkat itu, bisik mereka dalam kalbu.

Jangan susah hati, orang Melayu boleh dibeli. 'Biag pi biag pi'. Biag mereka jadi Pak Kaduk. Ayam menang kampung tergadai.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS