Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Rundingan Perjanjian Trans Pasifik Partnership Agreement ( TPPA) kini kembali menghantui rakyat Malaysia, apabila pihak Dewan wakil rakyat America (House of Representative) telah mengundi menyokong Presiden Obama untuk mempercepatkan rundingan tersebut melalui peruntukkan khas iaitu” Fast Track Authority (FTA)”.

Dengan adanya FTA ini, para perunding Amerika diberikan kuasa penuh untuk memutuskan kandungan perjanjian itu tanpa dibawa ke dewan perwakilan negara itu.

Para wakil rakyat Amerika hanya akan diberikan kuasa untuk menerima atau menolak TPPA tanpa peluang untuk mengubahsuai kandungan perjanjian ini.

PSM merasakan Najib tidak berani untuk menentang keangkuhan Amerika. Dengan lulusnya FTA ini, maka para perunding mereka akan lebih berkeras lagi untuk memastikan Malaysia menyingkirkan segala halangannya terhadap TPPA dan terus tunduk kepada kehendak korporat Amerika.

Memang wujud percubaan untuk melewatkan usaha FTA ini dengan menuntut suatu perjanjian sampingan iaitu “Trade Assistance Authority (TAA)” untuk memastikan para pekerja Amerika tidak akan hilang kerja apabila perjanjian TPPA ditandatangani oleh 12 buah negara Asia Pasifik lain.

Tetapi malangnya undian untuk kedua-dua FTA dan TAA telah dipisahkan. Maka pada 18 Jun 2015, pihak dewan perwakilannya mengundi untuk FTA sahaja.

Obama memperolehi kemenangan tipis, 218 menyokong dan 210 membantah undian FTA ini. Ahli parti Obama sendiri (Democrat) membantah FTA ini kerana pengalaman pahit perjanjian North American Free Trade Agreement, NAFTA yang telah menyebabkan kehilangan kerja untuk pekerja Amerika.

Musibah yang serupa akan melanda rakyat pekerja marhaen di Malaysia jika perjanjian TPPA dimeterai. Apabila cukai import atau eksport barangan dan kawalan perniagaan serantau diperlonggarkan.

Maka kebanyakan kilang pembuatan, bisnes perkhidmatan dan korporat akan mencari lokasi atau negara baru yang menawarkan kos pekerja yang paling murah, cukai yang paling rendah demi untuk memaksimumkan keuntungan mereka.

Bilangan peluang kerja akan berkurangan. Tambahan pula TPPA juga akan memperlihatkan kemasukan pelbagai produk buatan luar Negara dengan harga yang rendah akibat penghapusan cukai import.

Permintaan untuk barangan buatan tempatan yang dikeluarkan oleh Industri Kecil dan Sederhana akan terjejas. Demi untuk bersaing IKS ini akan mengurangkan kos dengan mengurangkan tenaga kerja .

PSM mendesak, kerajaan Najib untuk menghentikan rundingan TPPA ini dengan segera, kerana kesan buruknya kepada warga pekerja.

Bantahan tersebut telah timbul di Amerika di kalangan wakil rakyat mereka yang ingin melindungi hak pekerja mereka. Malangnya, kerajaan sehingga kini masih gagal menyakinkan pekerja jika hak golongan ini akan dilindungi selepas TPPA ditandatangani.

 


A SIVAJAN setiausaha agung PSM.

Lihat Komen
ADS