Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

1. Harapan Baru lahir dari desakan kehendak rakyat yang resah dengan kemelut serta kepincangan negara khasnya NGO Islam serta anak-anak muda dan pimpinan mahasiswa agar politik Islam terus diperkukuhkan bagi memegang amanah membuat perubahan dalam ruang lingkup Perlembagaan Malaysia dan sistem demokrasi yang diamalkan.

2. Harapan Baru disertai aktivis pelbagai latar belakang, ras dan agama dari kalangan aktivis, profesional dan agamawan dengan membuka ruang dan peluang kepada bakat muda untuk diketengahkan – selagi mana kesemuanya berpayung kepada nilai teras  Harapan Baru.

3. Harapan Baru memelihara huquq al-insan (hak asasi manusia) berteraskan kemuliaan (karamah) yang diiktiraf AlLah, sekali gus menyatukan warga besar rakyat dalam anjuran "ukhuwwah insaniyyah" (persaudaraan umat) serentak menolak pelbagai amalan perkauman dan rasisme.

4. Harapan Baru berusaha menterjemahkan Islam sebagai rahmat buat seluruh alam dengan meletakkan agenda peduli rakyat sebagai tunggak utama aktivisme serta merangkumi semua aspek kehidupan nasional dan kenegaraan.

5. Harapan Baru komited meneruskan legasi perjuangan politik Islam yang ditunjukkan almarhum tuan guru Yusuf Rawa, almarhum Ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam menerokai ruang politik Islam yang menyeluruh, progresif dan inklusif.

6. Menjelang PRU14, Harapan Baru meneruskan momentum perubahan politik atas dasar tahaaluf yang jujur dan komited dalam perkara yang disepakati bersama rakan-rakan parti politik – PKR dan DAP, serta sinergi dengan mana-mana NGO dan segmen masyarakat merentasi garis ideologi.

7. Pendekatan dan tindak balas Harapan Baru bersifat tidak jumud (dinamis) selari dengan realiti semasa dan setempat serta sederhana (wasatiyyah) namun tetap Tegas dalam berpegang kepada prinsip.

8. Komited dengan politik baru, Harapan Baru berpaksi kepada politik yang berasaskan ilmu dan akhlak, serta bersedia mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam perlaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan.


DR DZULKEFLY AHMAD bekas ahli jawatankuasa pusat PAS.

Lihat Komen
ADS