Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sudah sampai masanya Parlimen menubuhkan sebuah majlis fiskal bebas yang dikenali sebagai pejabat bajet parlimen untuk menganalisis dasar kerajaan mahupun pembangkang dengan lebih jitu.

Institusi sebegini telah wujud di negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, UK, Sweden, Afrika Selatan, Korea Selatan, Australia dan banyak lagi.

Menurut parlimen Australia, pejabat bajet parlimen boleh berperanan untuk memberi analisis bebas dan tidak memihak ke atas kitaran bajet, dasar fiskal dan implikasi kewangan ke atas cadangan bajet.

Pada masa ini, pembangkang dan orang awam termasuk penyelidik akademik secara amnya tidak dapat mengakses data dan maklumat fiskal yang penting bagi membuat penilaian ekonomi terhadap dasar serta bajet kerajaan.

Begitu juga bagi usaha mengemuakan dasar alternatif dan bajet alternatif. Dalam Bajet yang dikemukan oleh kerajaan pula, ada banyak perkara yang tidak dimasukkan dalam bajet. Ini akan merumitkan penilaian Bajet tersebut.

Dengan adanya pejabat bajet parlimen yang bebas dan berkecuali, setiap ahli parlimen boleh mendapatkan analisis tentang anggaran perbelanjaan serta kos kewangan terhadap sebarang dasar dan perundangan yang dikemukakan di Parlimen.

Ini sudah tentu akan membantu ahli dewan dalam melaksanakan tugas meneliti sebarang urusan berkaitan wang rakyat.

Mantan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, MP Pulai yang kini menjadi timbalan menteri dalam negeri juga pernah mencadangkan penubuhan pejabat bajet parlimen.

Saya berharap kini beliau sebagai ahli dalam bahagian eksekutif akan merealisasikan cadangan tersebut.


STEVEN SIM CHEE KEONG MP Bukit Mertajam. Tulisan ini merupakan sebahagian daripada satu ucapannya di Dewan Rakyat.

Lihat Komen
ADS