Kucar-kacir Kelantan dibuatnya. Itulah kehebatan salah seorang daripada "tiga Abdul" di Kelantan iaitu Speaker DUN Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang masih cuba mencari ruang menajamkan semula kukunya yang telah dipotong.
Habis beliau peralatkan anak-anak buahnya termasuk Abe Jak, Wan Ismail Wan Jusoh (bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan) dan Wan Hassan (orang kuat PAS di Pasir Putih) untuk menggoncang semula kerajaan Kelantan dan Badan Perhubungan PAS Kelantan yang sudahpun mantap.
Kenapa perkara seperti ini sanggup dilakukan oleh Wan Abdul Rahim? Jawab rakan karibnya yang merupakan orang kuat PAS kawasan Kota Bharu ialah kerana beliau begitu marah kepada Pesuruhjaya PAS Kelantan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang memecat beliau daripada jawatan perhubungan PAS negeri selepas pilihanraya umum tempoh hari.
Menurut rakan karib Wan Abdul Rahim lagi, Tok Guru Nik Aziz memecatnya kerana isu penglibatannya dalam kes 'kahwin ekspres' yang tidak mengikut Enakmen Nikah Kahwin Majlis Agama Islam Kelantan.
Difahamkan Wan Abdul Rahim panas hati kerana kejantanannya telah disindir. Maka jadilah 'tsunami hati' sehingga beliau tidak senang duduk apabila melihat berlakunya pentadbiran yang baik yang diurustadbirkan oleh anak-anak buah Tok Guru yang progresif dan dinamik terutamanya Husam Musa.
Oleh yang demikian, Wan Abdul Rahim telah menghantar 'gedebe-gedebenya' untuk memperburukkan pentadbiran yang cemerlang itu melalui pelbagai cara.
Pertukaran pegawai di jabatan-jabatan penting di Kelantan yang melibatkan jawatan politik baru-baru ini telah dikuasainya oleh kroni-kroni Wan Abdul Rahim.
Suasana kelam kabut seperti ini tidak akan menguntungkan PAS sama sekali kerana ianya akan direbut sebagai peluang baik oleh Umno Kelantan untuk mengkucar-kacirkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.
