Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah majistret telah meluluskan reman selama dua hari ke atas Shazni Munir sehingga 6 April 2016.

Beliau yang pada mulanya hanya diarahkan untuk memberikan kenyataan di IPD semalam telah ditahan dengan alasan untuk membantu siasatan polis.

GHAH mengutuk tindakan pihak berkuasa yang telah menggunakan penahanan reman bagi menghukum mereka yang telah bersifat kritikal kepada penguasa.

Pihak berkuasa boleh sahaja memanggil Shazni ke balai polis jika perlu untuk siasatan tanpa perlu menahan beliau di dalam lokap.

Sewaktu ditahan, Shazni juga hadir secara sukarela ke balai polis selepas dipanggil.

Shazni yang disiasat bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 124C kanun Keseksaan boleh diterjemahkan bertujuan untuk memberikan tekanan dan gangguan kepada mereka yang mengkritik pimpinan negara.

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan telah menjanjikan hak untuk bersuara secara bebas, termasuklah yang berunsur kritikan dan pandangan yang berbeza daripada pimpinan negara.

Ini tidak bermakna pihak polis dan perundangan negara boleh menggunakan akta yang zalim dan menindas ini bagi membisukan mereka.

Bagi mengangkat dan memartabatkan Perlembagaan Persekutuan dan menyuburkan demokrasi di Malaysia, pihak polis dan harus sedar bahawa tugas mereka adalah menjaga keamanan dan bukanlah digunakan oleh kerajaan untuk melaksanakan agenda mereka.

GHAH menyeru agar sebarang gangguan dan tekanan terhadap aktivis, kumpulan dan individu dihentikan serta merta dan Kerajaan agar berhenti berselindung di sebalik badan perundangan dan undang-undang zalim seperti Akta Hasutan 1948.

GHAH juga ingin mengingatkan bahawa penahanan reman tidak seharusnya digunakan sebagai hukuman kepada sesiapa sebelum didapati bersalah.

GHAH akan turun bersolidariti di lokap balai polis Jinjang malam ini.

GHAH secara tegas ingin mengulangi tuntutan kami iaitu:

  • Mansuhkan Akta Hasutan 1948
  • Gugurkan semua pertuduhan dan bebas semua tahanan
  • Tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim

AMIR ABD HADI penyelaras Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS