Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Persoalannya ialah sejauhmanakah pihak Jawi bertindak mengikut sepertimana kaedah yang diamalkan oleh Saidina Umar al-Khattab dalam mendidik umatnya, bukannya menghukum. Sirah menunjukkan bahawa Umar tidak pernah menghukum berdasarkan kepada operasi, intipan, serbuan atau ugutan badan pencegah maksiatnya.

Sebaliknya Umar bertindak atas pengakuan pesalah sendiri hasil pendidikan agama yang diterapkan dalam sistem pemerintahannya. Lebih penting lagi, Umar sesekali tidak pernah berkasar dengan pesalah. Kalau adapun, beliau mengakui kesilapannya.

Apa yang peliknya, PAS dilihat cuba menjuarai isu ini, walhal isu penindasan ahli-ahli Kohilal lebih patut diberi tumpuan. Malah ahli-ahlinya pun belum tertarbiyah lagi, inikan pula hendak berbicara soal yang jelas wujud diskriminasi agama dalam aspek pelaksanaannya.

Pada saya, tindakan PAS lebih untuk cuba mengeksploitasi isu ini, daripada menawarkan satu gagasan pemikiran Islam yang progresif. Insiden demostrasi terhadap konsert Siti Nurhaliza adalah satu kes kajian terbaik yang mengambarkan PAS masih tiada dimensi hiburan.

Mereka bertindak seperti anti-hiburan. Siti Nurhaliza yang dikira antara artis wanita yang paling sopan pun, masih dikutuknya dan mengadakan demonstrasi di hadapan Kustem. Namun begitu, saya sedar, hendak mencari pemimpin macam Saidina Umar di akhir zaman ini bukannya senang.

Bagaimanapun, inilah Islam yang telah lama mengajar kita tentang konsep 'ruang awam' jauh sebelum teori ini dikemukakan oleh Juergen Habermas lagi. Dan nampaknya PAS tidak pernah menekuni ilmu ini.

PAS juga tidak pernah sedia untuk belajar mengenai cara pelaksanaan syariat daripada kebijaksanaan khalifah yang kedua ini.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS