Most Read
Most Commented
Read more like this

Suatu pembangunan di lereng bukit banjaran quatz Ulu Klang dikesan sejak pertengahan bulan Disember 2004.

Ketika itu, suatu jalan rentis dikesan dibuka ke kaki bukit quatz dan dilaporkan kepada Pejabat Tanah Gombak, tetapi petugas sekadar lepas tangan dengan menyatakan kawasan itu di luar kawasan bidangkuasa mereka dan ia di bawah bidangkuasa pejabat Tanah Kuala Lumpur.

Lokasi tempat itu adalah di Lebuhraya Lingkaran Tengah berhampiran Terminal LRT Putra di Taman Harminis/Taman Perwira di bawah Majlis Dearah Gombak (mengikut muka surat 131- 133, Kuala Lumpur & Klang Valley Street Directory, terbitan AAM Second Edition).

Kini kawasan lereng bukit tersebut dibersihkan licin sehingga ke kaki batuan quatz dan kerja-kerja merata juga didapati giat berjalan. Ia tidak harus dibenarkan atau diluluskan (jika mendapat kelulusan berkuasa) untuk dibangunkan.

Alasan untuk menyelamatkan banjaran quatz:

1) Lereng bukit banjaran quatz terpanjang di dunia ini seharusnya dijadikan suatu warisan alam negara, yang juga menyumbang (habitat bukit batu quatz) kepada pelbagaian biologi (biodiversity) negara.

2) Lereng bukit ini memberi latarbelakang estetik kepada bandaraya Kuala Lumpur menghadap ke timur, berbingkaikan Banjaran Titiwangsa.

3) Lereng bukit ini juga merupakan penghawa dingin kepada hutan konkrit Kuala Lumpur.

4) Lereng bukit ini juga merupakan sebahagian daripada lembangan tadahan air bagi Empangan Ulu Klang.

5) Pembangunan lereng bukit banjaran quatz adalah bertentangan dengan saranan dan komitmen kerajaan ke arah pembangunan yang menjanjikan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan penduduk setempat.

Harap perkara ini dapat disiasat jika pihak berkuasa tempatan yang berkaitan tidak selari dengan hasrat kerajaan dan harapan rakyat.

Penulis adalah setiausaha agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS