Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya tahu idea untuk meletakkan Husam Musa sebagai presiden PAS adalah sangat drastik dan pasti gagal, serta sudah tentunya tidak akan mendapat sambutan hangat. Ia bukanlah idea yang popular, lebih-lebih lagi dalam konteks PAS yang akhir-akhir ini semakin tersudut ke pinggir ummah.

Namun idea ini penting untuk direalisasikan demi 'survival' PAS. Jadi, segala-galanya tergantung kepada perwakilan PAS untuk menentukan arah haluan gerakan oposisi ini.

Pada saya, Ustaz Abdul Hadi Awang tidak seperti Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang berwawasan, pragmatik, liberal, toleran dan dinamik. Dan, maaf jika saya katakan, Ustaz Hadi lebih berimejkan ortodok dengan keyakinan dogmatiknya seperti teori Darul Islam dan Darul Harb, hudud, negara Islam dan keutamaan fiqh.

Walhal, ummah kini memerlukan pemimpin gerakan yang 'liberal'tetapi berprinsip antaranya seperti Yusof Qardawi, Hassan Nasrallah dan Hidayat Nurwahid.

Justeru, sempena muktamar PAS Jun nanti, saya menyeru kepada semua ahli PAS agar berani membuat perubahan dengan mengenepikan 'semua kuda-kuda tua' dan menaikkan pemimpin muda yang progresif seperti Husam, Zulkifli Ahmad, Ahmad Awang dan Mohamad Sabu.

Walaupun mereka ini muda, tetapi mereka jauh berani dalam perjuangan berbanding 'kuda-kuda tua' dalam parti. Malah, secara peribadi saya menyifatkan Husam jauh lebih baik daripada Anwar Ibrahim. Husam lebih konsisten dengan wadah Islami. Letakkan Husam sebagai Presiden jika mahu selamatkan PAS.

ADS