Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
IKRAM kecam pembunuhan pemimpin Jamaat-e-Islami Bangladesh

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengutuk sekeras-kerasnya hukuman gantung oleh kerajaan Bangladesh ke atas pemimpin Jamaat-e-Islami Bangladesh, Mir Quasem Ali, 63.

Beliau telah dijatuhi hukuman mati pada 2 November 2014 atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan yang kononnya dilakukan semasa Perang Kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971.

Kesemua tuduhan telah dinafikan oleh keluarga beliau malah mereka telah mengaitkan tuduhan tersebut dengan politik.

Beliau telah digantung pada Sabtu petang, 3 September 2016 di sebuah penjara yang dikawal rapi di luar Dhaka.

Mir Quasem Ali adalah merupakan seorang hartawan Bangladesh.

Beliau merupakan bekas pengarah Islami Bank Bangladesh dan Pengerusi Diganta Media Corporation, yang memiliki Diganta TV. Beliau juga pengasas Yayasan Ibn Sina dan salah seorang pengasas NGO Rabita al-Alam al Islami.

Mir Quasem Ali juga telah menubuhkan 15 buah hospital, 10 buah sekolah dan membantu membina beberapa pusat anak-anak yatim, rumah perlindungan wanita, pusat perubatan percuma serta masjid.

IKRAM juga turut mendoakan agar agar Allah SWT memberikan keselamatan kepada semua pendakwah di mana-mana sahaja di seluruh dunia.


DR MOHD PARID SHEIKH AHMAD presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Lihat Komen
ADS