Ada yang berpendapat, orang baik itulah sebaik-baik pemimpin. Namun, adakah watak yang baik, tetapi tidak berilmu, harus diberi peluang untuk memimpin? Malangnya dengan ketiadaan ilmu, mereka ini gagal dan tidak layak menjadi pemimpin. Oleh itu, di dalam Islam, tidak semua watak yang baik itu mampu memimpin.
Justeru itu, di mana bermulanya 'politik wang'? Sejauh yang dikesan, amalan politik wang ini berasal daripada Bani Israel. Salah satu kisah yang dirakamkan dalam al-Quran ialah ketika perlantikan Talut (Toliath) disanggah oleh Bani Israel.
Namun, untuk memerangi penjajahan Jalut (Goliath) yang gagah perkasa, mereka sebenarnya tidak memerlukan seorang lelaki yang kaya. Lalu, Rasul mereka pun berkata: "Allah memilih Talut menjadi raja kerana dia mempunyai ilmu dan kekuatan tubuh."
Dari sinilah munculnya amalan 'politik wang'. Iaitu, fahaman bahawa yang kaya itulah yang sebenarnya pemimpin. Kini, kaum Yahudi di Amerika mengguna kuasa wang untuk melobi semua ahli Kongres. Adakah kita mahu bertolak ansur dengan pesalah laku politik wang ini agar mereka boleh lagi mengeksploitasikan wang bagi meneruskan kepimpinan?
Contoh yang lain, bangsa Melayu terjebak dengan dua penyakit yang sukar untuk dipulihkan 'dadah' dan 'rasuah'. Dua perkara ini adalah senjata dalaman penjajah untuk melemahkan bangsa Melayu sebelum bermulanya era penjajahan.
Penagih dadah bukanlah penjenayah tetapi pesakit yang memerlukan rawatan. Manakala pengedar dadah tidak diberikan peluang kerana mereka adalah penjenayah. Hukumannya mati mandatori, hukum gantung sampai mati. Begitu juga dengan rasuah. Jika ianya masih lagi berleluasa, maka sukarlah kita membanteras amalan ini.
P Ramlee (Anak Bapak) menyebut bahawa orang yang memang menyimpan niat menyeleweng wang ke jalan yang tidak betul serta berulangkali pula melakukan jenayah yang sama, wajarlah dihukum pecat. Keduanya, diputuskan hubungan dengan mereka ini. Sudah terbukti bersalah dalam lima daripada sembilan pertuduhan, kenapa tertawa lagi?
Kita tidak boleh berkompromi dengan menerima semula kehadiran pesalah rasuah dan politik wang ke dalam arena politik kebangsaan. Ini kerana reputasi negara dan bangsa akan turut terjejas di peringkat antarabangsa. Lagipun, berita mengenai politik wang ini sudahpun dipetik oleh agensi berita antarabangsa seperti Reuters dan lain-lain.
Dari sudut ekonomi, apabila sesebuah negara berhadapan dengan masalah rasuah ini, maka pelabur asing akan turut berasa ragu-ragu untuk melabur. Jadi, fikirlah dengan panduan akal rasional.
Hendak menyelamatkan karier politik individu atau ekonomi? Jika cerita buruk ini sudah sampai ke peringkat global, ada baiknya kita tolak saja pemimpin korup agar imej kita dipulihkan dan keyakinan pelabur kepada negara dikembalikan.
