Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Isu AP yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini dan juga dalam Perhimpunan Agung Umno yang baru lalu, sebenarnya sudah lari daripada tajuk asal mengapa isu AP ini dibangkitkan.

Isu AP ini dibangkitkan ialah kerana Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad dan CEO Proton, Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata, Proton tidak dapat bersaing kerana begitu banyak AP dikeluarkan untuk mengimport kereta dari luar negara.

Isu asal AP ialah mengapa begitu banyak AP diberi kepada syarikat tertentu atau mengapa ada syarikat yang menerima AP ini telah mengisytiharkan harga kereta yang diimpot terlalu rendah untuk mengelak cukai yang tinggi, dan sekaligus mengurangkan pendapatan kerajaan.

Isu AP kini hangat diperkatakan di mana-mana, di kedai kopi, di akhbar dan sebagainya. Tetapi tajuk asalnya tidak ditangani iaitu masalah utama sekarang ialah apa akan jadi kepada Proton, apa akan jadi kepada pekerja kilang Proton yang rata-ratanya orang Melayu apabila Proton tidak dapat melariskan produk mereka?

Apa akan jadi pada kilang terbaru dan tercanggih Proton di Tanjung Malim? Apa akan jadi pada kehidupan sosio-ekonomi penduduk Tanjung Malim? Mengapa hanya Proton yang membangkitkan isu ini? Mengapa Perodua masih boleh bersaing dengan syarikat pengeluar kereta luar negara dengan kenderaan terbarunya MyVi ?

Tengok sahaja pada model kereta Proton yang tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia sebelum timbulnya isu AP Proton Tiara, Proton Juara, Gen 2, Proton Arena dan terbaru Proton Savvy.

Oleh itu, pihak yang pertama membangkit isu ini haruslah mencari jalan bagaimana hendak menyelamatkan industri kereta nasional, Proton serta membuat perbandingan dengan Perodua yang juga sebuah syarikat kereta nasional yang setakat ini, masih boleh bersaing kereta luar negara.

Isu mengenai pengagihan AP, pentaksiran harga kereta import yang rendah, haruslah diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk disiasat.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS