Isu Bugis: Membisu bukan pilihan

   

Tindakan membisu pemimpin Pakatan Harapan berkaitan penghinaan terhadap bangsa Bugis yang dilafaz pengerusi mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sesuatu yang menjelikkan.

Bukan sahaja istana Selangor menggesa satu siasatan mengikut Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, naib presiden Indonesia turut mahu Dr Mahathir untuk memohon maaf.

Dr Mahathir berterusan mengambil sikap tidak peduli malah berkeras bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Melalui surat rasminya kepada Duta Malaysia di Indonesia, Dr Mahathir turut menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membayar sejumlah wang yang banyak sebagai ‘dedak’ kepada pihak lain untuk memainkan isu ini.

Melalui ucapan kontroversi dilafaz Dr Mahathir ketika perhimpunan antikleptokrasi yang gagal baru-baru ini, berikut adalah kata-katanya:

“Mungkin disebabkan beliau (Najib) datang dari lanun Bugis. Saya tidak tahu bagaimana dia sesat dan berakhir di sini di Malaysia, tetapi dia patut balik ke Bugis.”

Ini adalah satu penghinaan dan adakah pemimpin Pakatan Harapan akan turut membisu jika kita menukar nama dan kumpulan etnik dalam ucapan Dr Mahathir itu seperti contoh berikut:

“Mungkin disebabkan beliau (Kit Siang atau Eric) datang dari lanun Cina. Saya tidak tahu bagaimana dia sesat dan berakhir di sini di Malaysia, tetapi dia patut balik ke China.”

Adakah DAP akan turut membisu jika Dr Mahathir melafaz ayat sedemikian? Tidak. Semua akan melenting dan kita akan dapat mendengar pelbagai kecaman dan serangan sehingga dua pilihan raya umum akan datang.

Sudah bertahun, DAP akan bertindak setiap kali mana-mana individu menggesa kaum Cina untuk pulang ke China namun hipokrasi dan sikap membutakan mata secara selektif menghalang mereka untuk mengesahkan penghinaan berbaur rasis dilafaz Dr Mahathir mencetus keburukan.

Tiada kumpulan etnik di Malaysia patut dipanggil lanun atau disuruh pulang ke tempat asal mereka.

Ini adalah ucapan mencetus kebenciaan dan pemimpin Pakatan Harapan perlu bersuara menentang sikap ini atau berisiko kehilangan hak sebagai pejuang anti perkauman.

Dan tiada gunanya untuk pihak tertentu memesongkan isu ini dengan mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut melakukan perkara yang sama.

Apa yang disebutkan Ahmad Zahid hanyalah Dr Mahathir mempunyai keturunan India. Beliau tidak menggelar kaum India sebagai lanun atau menyuruh sesiapa pulang ke India.

Hanya berkata seseorang itu mempunyai darah keturunan India bukanlah satu penghinaan. Bagaimana pula ini dianggap sebagai menghina?

Bagi kepentingan terhadap prinsip bahawa tiada mana-mana kumpulan etnik patut disuruh pulang kepada negara asal mereka selain mengekalkan hubungan baik kita dengan Indonesia, pemimpin Pakatan Harapan perlu berani dan melakukan perkara yang betul.

Pemimpin Pakatan Harapan perlu mencemuh Pengerusi mereka dan minta beliau untuk memohon maaf, atau kehilangan hak untuk mendakwa atau berpura-pura mereka adalah pejuang antiperkauman.


ERIC SEE-TO adalah timbalan pengarah, Komunikasi Strategik BN.

Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan organisasinya serta tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

VOIZ

Berita Terhangat