Surat Malaysiakini

Jabatan Kesihatan Sabah jawab isu Malaysia's sick hospital

Dr Christina Rundi  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Jabatan Keslhatan Negeri Sabah (JKN Sabah) ingin membuat kenyataan ke atas beberapa isu yang telah diketengahkan di dalam artikel Malaysia's Sick Hospital yang disiarkan di laman sesawang Malaysiakini pada 9 April 2018.

Hospital Duchess of Kent, Sandakan (HDOK) rnerupakan hospital yang tertua di negeri Sabah. Hospital ini mula beroperasi pada 1952 dan pada ketika ini mempunyai lima dewan bedah.

Pada 2016, bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti terus diberikan kepada rakyat, dewan bedah telah ditutup akibat masalah kulat yang boleh memudaratkan kesihatan bukan saja pesakit tetapi juga staf yang bekerja di situ.

Projek pembaikan yang melibatkan kerja-kerja penggantian ducting telah mengambil masa kerana masalah kontraktor.

Hanya apabila pihak kami berpuashati dengan pematuhan kepada piawaian sedia ada, barulah dewan bedah dibuka semula pada Mei 2017.

Statistik pembedahan yang dilakukan di hospital ini ialah:

  • 2015 - 11,785 kes
  • 2016 - 12,076 kes
  • 2017 - 13,234 kes

Statistik ini menunjukan tiada penurunan bilangan kes pembedahan kerana semasa dewan bedah utama ditutup sementara, pihak hospital menggunakan bilik pembedahan lain yang terdapat di hospital tersebut.

Hospital Lahad Datu pula mempunyai empat bilik pembedahan iaitu di aras satu (satu bilik pembedahan materniti) dan aras tiga (tiga bilik pembedahan).

Bagi meningkatkan kecekapan selain memenuhi keperluan semasa, hanya dewan bedah di aras tiga yang digunakan.

Statistik pembedahan yang dilakukan di hospital ini ialah:

  • 2015 - 6,778 kes
  • 2016 - 7,086 kes
  • 2017 - 5,865 kes

Statistik menunjukan bilangan kes pembedahan di Hospital Lahad Datu tidak sebanyak di HDOK dan dengan demikian, dewan bedah dengan 3 bilik seperti sedia ada adalah mencukupi buat masa ini.

Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah mempunyai empat bilik pembedahan umum dan dua bilik pembedahan materniti yang berfungsi sepenuhnya.

Pada 1 November 2017, satu daripada lampu pembedahan yang mengalami kerosakan telah terjatuh dan terkena staf hospital, menyebabkan berlaku kecederaan ringan.

Penggantian lampu pembedahan tersebut dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini.

Satu lagi insiden lampu pembedahan jatuh berlaku di Hospital Queen Elizabeth pada 19 Disember 2017. la menyebabkan kecederaan ringan pada kakitangan.

lnsiden itu berlaku disebabkan skru yang Ionggar pada lampu pembedahan. Syarikat konsesi hospital melakukan pemeriksaan ke atas semua lampu pembedahan bagi memastikan insiden seperti itu tidak berulang.

Isu lif rosak

Pada 12 Oktober 2016, berlaku kerosakan serentak pada lif Hospital Lahad Datu. Semasa kejadian tersebut, terdapat seorang pesakit yang memerlukan pembedahan kecemasan (emergency caesarean section).

Oleh kerana keadaan kecemasan tersebut, staf hospital bersama suami pesakit mengangkat pesakit ke bilik pembedahan menggunakan tangga.

Tindakan pembaikan lif segera dilaksanakan dan ianya kembali beroperasi dalam tempoh kurang dari sejam.

Kejadian kerosakan sebegini sukar diduga. Apa yang penting dan jelas, kakitangan hospital melaksanakan tugas secara profesional dalam apa keadaan sekali pun untuk keselamatan pesakit.

lsu ubat-ubatan

Pada masa kini tiada masalah bekalan ubat bagi kemudahan kesihatan di Sabah. Masalah bekalan ubat-ubatan yang berlaku pada awal tahun (Januari - Februari) disebabkan oleh kegagalan pihak pembekal membekalkan ubat ke kemudahan kesihatan.

Kebanyakan dakwaan yang dilaporkan dalam artikel tersebut adalah isu lama yang diselesaikan di peringkat hospital dan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Pihak kami berharap isu-isu lama seperti ini tidak ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang jelas sengaja ingin memburuk-burukkan usaha dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Sabah khususnya.

Jabatan Kesihatan Sabah sentiasa komited memastikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat tidak terjejas dan akan sentiasa memantau perkhidmatan sedia ada bagi memastikan keperluan naik taraf sejajar dengan keperluan semasa.

Jabatan juga akan terus mengatasi masalah-masalah berkaitan perkhidmatan dan isu-isu kesihatan dengan penuh tanggungjawab dan professional bagi menjamin keselamatan pesakit dan kesihatan rakyat.


DATUK DR CHRISTINA RUNDI ialah pengarah Jabatan Kesihatan Sabah.