Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Surat

Sebagai calon pilihan raya umum (PRU) bagi kali ke-6 pada PRU14, saya ada sedikit pengalaman bertanding dalam PRU dan merasai suasana "perang psikologi" di hari penamaan calon.

"Perang" itu hakikatnya bermula dari sebelum hari penamaan calon lagi. Ia melibatkan ramai bakal calon, pencadang dan penyokong serta mereka yang bertanggungjawab dalam menyediakan persiapan penamaan calon yang biasanya akan mudah menekan butang panik (push a panic button). Saya juga tak terkecuali.

Pada PRU ke-12, ketika saya bertanding PRU di Johor, saya masih ingat betapa "tension" dan paniknya saya kerana seluruh borang penamaan calon parti suci di seluruh Johor wajib diperiksa dan dilulus oleh saya sebelum mereka diberi lampu hijau untuk bertanding.

Kesannya, saya sendiri tersilap isi borang tapi alhamdulillah dapat kesan awal dan berjaya betulkan segera.

Secara relatif, penyediaan borang penamaan calon sekarang jauh lebih mudah dan simple dari dulu. Dulu-dulu, jika saksi misalnya lupa "sign" ke tiga-tiga borang pun boleh kena reject borang itu oleh RO (Returning Officer-Pegawai Pengurus) SPR.

Apa pasal mudah panik? Dua sebab. Pertama, keputusan RO tolak borang pada hari penamaan calon adalah final/muktamad.

Jika tak puas hati, remedi/penawarnya hanya satu - cabar di mahkamah melalui petisyen pilihan raya- satu lagi proses yang memeningkan dan hakim selalunya lebih cenderung untuk tolak petisyen daripada benarkan petisyen.

Saya tahu sangat-sangat- ada sikit sikit buat kes petisyen dulu.

Kedua, calon-calon yang borang mereka kena tolak akan frust habis. Yalah, macam mana nak jelaskan dan puaskan hati para ahli, penyokong dan rakyat yang bersama mereka.

Justeru itu, saya boleh merasai dan amat bersimpati betapa peritnya perasaan para calon yang borang penamaan mereka ditolak hari ini.

'Insiden kejam dan brutal'

Nak salahkan SPR? Boleh. Tapi orang akan tembak kita balik. Sejak bila SPR ni "is truly independent" dan tak pro BN! Orang putih kata it is axiomatic !

Dalam kes lima borang penamaan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) yang ditolak (dari PKR dan BERSATU ), saya rasa kes yang kena tolak sebab tak boleh masuk ke dewan kerana tak ada pas masuk SPR seperti yang berlaku di DUN Rantau, paling tak adil.

Bagi saya, itu adalah insiden yang paling kejam dan brutal. Namanya membuli. Ya, secara teknikalnya, tak ada pas SPR tak boleh masuk. Tapi itu akhirnya masih pergi kepada budi bicara SPR.

Di mana salahnya dari segi undang-undang jika SPR atau polis benarkan calon, pencadang dan penyokong HARAPAN itu masuk meskipun tak ada pas. Maaf SPR, this is brutality of the highest order!

Sumpah jadi abu

Berkenaan semakan hasil carian insolvensi yang tak sama antara yang dimiliki calon dan SPR, ia juga bagi saya, suatu yang amat musykil.

Sepatutnya SPR bagitahulah awal-awal untuk membolehkan parti itu pergi ke pelan B. Kenapa harus tunggu lepas proses bantahan?

Bagi Parlimen Sepang dan tiga DUN di bawahnya, saya ingin ucapkan tahniah kepada semua calon HARAPAN, BN dan bebas yang dibenarkan bertanding kerana tiada borang yang ditolak. Alhamdulillah.

Untuk BN, saya nak kata ini saja: Di pusingan pertama ini nampak zahirnya anda menang.

Tapi kita masih ada pusingan seterusnya. Apa yang berlaku hari ini, saya berani katakan, menyebabkan HARAPAN dan rakyat ibarat harimau terluka.

Makin meluap "api" kemarahan mereka untuk "ranapkan" anda semua seperti abu! (Mungkin ada rakyat yang kata "ana sumpah SPR dan BN jadi abu!)


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS