Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Bukan Islam boleh bahas undang-undang syariah tapi...

Saya setuju daripada sudut undang-undang, bukan muslim di Malaysia mempunyai hak untuk membahaskan dan mempertimbangkan undang-undang yang diusulkan di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Namun perbahasan tersebut adalah oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) dan anggota parlimen (MP) dalam sidang masing-masing yang di kawal oleh etika dan peraturan DUN dan Parlimen, serta dikawal oleh speaker DUN atau Parlimen.

Saya tidak setuju jika ruang perbahasan dibuka kepada umum (public) kerana ia akan mengundang tohmahan kepada Islam dan membuka ruang kepada sentimen perkauman dan keagamaan. Kerajaan yang bertanggungjawab seharusnya mengambil langkah pencegahan daripada perkara tersebut berlaku.

Namun jika melibatkan undang-undang yang akan memberi kesan kepada orang Islam dan Bukan Islam seperti hak anak-anak apabila ibu bapa memeluk Islam dan seumpamanya tiada masalah untuk bukan Islam memberikan pandangan kerana ia juga akan melibatkan bukan Islam.

Namun, Jika merujuk kepada khususnya perbahasan berhubung usul meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah, sebaiknya ia dilakukan oleh ahli-ahli atau wakil rakyat dalam sidang Parlimen atau DUN dalam keadaan terkawal dan dilindungi peraturan, kerana undang-undang Mahkamah Syariah tersebut jelas terpakai kepada orang-orang Islam sahaja. Orang bukan Islam tidak menerima kesan pindaan RUU tersebut. Saya tidak nampak RUU tersebut boleh menceroboh kehidupan peribadi org bukan Islam.

Kita telah ada wakil rakyat bukan Islam yang dipilih rakyat dalam PRU14. Biarlah mereka membahaskan RUU tersebut bagi pihak orang bukan Islam.


MUSA AWANG ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Pandangan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS