Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
IRM perlu RM500,000 untuk dana Tabung Rayuan Musim Sejuk

Pada 1 Nov lalu Islamic Relief Malaysia (IRM) melancarkan kempen Rayuan Musim Sejuk bagi mengumpulkan dana khusus untuk membantu penduduk Timur Tengah yang terjejas dengan cuaca sejuk melampau di sana.

IRM menyasarkan kutipan bantuan sebanyak RM500,000 sehingga Disember ini untuk disalurkan kepada pelarian Syria yang berada di Syria, sempadan Turki juga orang awam yang terjejas di Gaza, Palestin.

Bantuan yang akan diberikan nanti meliputi barangan bukan makanan (non-food items) seperti jaket, baju panas, sarung tangan, selimut, pemanas, kayu api dan barangan keperluan lain.

Tidak ketinggalan bantuan baik pulih kediaman dengan menambah baik penebat bahagian siling, tingkap dan penebat rumah.

Tahun ini IRM menggunakan pendekatan baru sebagai promosi dengan memperkenalkan empat pakej utama bagi menarik perhatian masyarakat untuk menyertai kempen ini.

Untuk kempen Rayuan Musim Sejuk 2018, IRM menyediakan empat pakej sumbangan dengan harga bermula serendah RM200 hingga RM1,000.

Ia bagi membuka ruang kepada para penyumbang untuk membuat pilihan mengikut kemampuan masing-masing.

Kempen Rayuan Musim Sejuk IRM yang bermula 1 November lalu, akan berlangsung sehingga 31 Disember 2018.

Walaupun ancaman dan kesengsaraan menghadapi musim sejuk asing bagi masyarakat kita, IRM yakin dengan sokongan dan keprihatinan rakyat Malaysia, sasaran yang ditetapkan mampu dicapai.

Sementara itu Islamic Relief memang menjalankan kempen Rayuan Musim Sejuk setiap tahun untuk disalurkan ke Asia, Timur Tengah dan Eropah Timur.

Di Asia, Islamic Relief menyasarkan bantuan kira-kira RM2.9 juta bagi membantu 76,200 orang di Afghanistan, Bangladesh, India, Myanmar, Nepal dan Pakistan.

Antara barangan bantuan yang akan diberikan ialah barangan keperluan musim sejuk seperti selimut, jaket, alat pemanas, tarpaulin, makanan dan lain-lain.

Di Timur Tengah pula, Islamic Relief menyasarkan bantuan sebanyak RM34.5 juta untuk membantu 1.1 juta penerima manfaat yang berada di Gaza, Iraq, Jordan, Lubnan, Tunisia, Turki dan Yaman dengan agihan barangan bantuan seperti pakaian musim sejuk, kit kebersihan, makanan, alat pemanas dan kayu api.

Rantau Balkan juga tidak dilupakan apabila Islamic Relief menyasarkan bantuan sebanyak RM4.1 juta untuk membantu 27,000 penerima manfaat di Albania, Macedonia, Kosova, Bosnia dan Russia.

Bantuan yang akan disalurkan ialah pek makanan, kayu api, selimut, baju sejuk dan beberapa keperluan lain yang penting dalam menghadapi musim sejuk.

Bagi tahun 2018, IRM memberi fokus kepada negara Syria dan Palestin kerana dua lokasi ini masih kekal terperangkap dalam konflik yang tiada noktah.

Berikut keterangan lanjut mengenai projek yang dijalankan:


Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IRM Zairulshahfuddin Zainal Abidin.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS