Paling Popular
Terkini

Sebelum diberikan kedudukan, kebanyakan dari mereka adalah baik dan hebat tetapi biasanya akan berubah dalam tempoh yang singkat setelah diberi dan memegang jawatan mahupun kedudukan.

Apabila seseorang diberikan 'sedikit' kuasa mutlak, sering mereka akan menukarkan kenyataan "berkuasa mutlak yang merosakkan mutlak”.

Kenapa dan bagaimana pemimpin yang memegang kuasa menjadi korup adalah rumit tetapi jelas.

Pemimpin menggunakan kuasa mereka untuk menyelesaikan sesuatu.

Kepimpinan juga adalah mengenai kuasa dan pengaruh.

Pemimpin yang bijak dan mampu bersosial akan menggunakan kuasa untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Pemimpin yang mementingkan diri sendiri akan menggunakan kuasa untuk mendapatkan keuntungan peribadi.

Mereka yang terpilih, harus berfikiran dan berkemampuan bersosial dalam minda fikiran dan harus lebih peduli akan kepentingan terbaik para rakan mereka.

Kedua-dua bentuk kuasa yang dinyatakan adalah tidak saling eksklusif.

Seorang pemimpin boleh menggunakan kuasa beliau untuk memberi manfaat kepada orang lain, tetapi juga boleh memperolehi sesuatu untuk kepentingan peribadi. Ini mungkin 'orang yang paling bijak' berkuasa.

Apabila kepentingan dan kuasa peribadi menguasai dan menguntungkan pemimpin, mangsa adalah mereka yang dibawah tapak kepimpinan.

Seringkali dilihat, pemimpin boleh menyesatkan orang lain dengan menggambarkan diri mereka bekerja untuk kebaikan (menggunakan kuasa bersosial), namun terbabas dan terlibat dalam tingkah laku yang tidak beretika.

Pada asasnya, ramai yang bercakap tentang “peraturan dan undang-undang atau peraturan berdasarkan arahan”.

Rakyat Malaysia kini seolah-olah percaya bahawa, peraturan adalah “yang mengawal apa yang betul” dan pemimpin yang berkuasa merupakan mereka yang boleh dan dibenarkan melakukan kesalahan.

Sesetengah orang seolah-olah mempunyai idea bahawa mereka sentiasa betul, orang lain akan tetap salah kerana mereka memiliki kepentingan atau kedudukan untuk menunjukkan yang mereka tidak salah.

Tiada siapa yang berada di atas undang-undang adalah satu lagi kenyataan yang paling banyak diketahui.

Ramai pemimpin gila atau mabuk kuasa. Banyak yang kelihatan terlibat dalam tingkah laku dan tindakan yang salah semata-mata kerana mereka boleh dan mereka boleh lari dengannya.

Ramai yang fikiran dan hati mereka bercerita mengenai ujian Tuhan. Ramai yang tahu tetapi masih mengabaikan kenyataan tiada siapa yang sempurna.

Walaupun kebanyakan pemimpin adalah berkelayakan dan mendapat pendidikan dari kolej dan universiti, ramai yang dibutakan oleh kuasa yang mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Kuasa membuat pemimpin semakin yakin diri dan berani bertindak membuat keputusan tertentu.

Ini membolehkan mereka bergerak ke hadapan dalam tindakan yang dipilih.

Pemimpin mesti menggunakan kuasa untuk memastikan sesuatu kerja selesai.

Semakin banyak individu yang mempunyai kuasa, lebih banyak mereka memusatkan keinginan mereka sendiri yang ‘egosentris’ dan hilang daya kemampuan untuk melihat dan menerima pandangan orang lain.

Dan selepas itu pastinya terdapat ‘perbezaan individu’.

Mereka yang gila kuasa, cenderung menggunakan kemampuan mereka untuk menindas orang lain, dan mereka adalah pemimpin-pemimpin meroyan.


AZIZI AHMAD adalah seorang pendidik senior

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS