Paling Popular
Terkini

Bahasa Melayu (BM) menjadi bahasa Kebangsaan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Asal tulisan BM adalah dalam tulisan Jawi tetapi mengikut Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan ia adalah tulisan rumi, tetapi tulisan Jawi tidak boleh dilarang dalam penulisan bahasa Melayu.

Dalam sejarah Tanah Melayu, BM ditulis dalam Jawi. Lihat Batu Bersurat Terengganu dan Kanun Melaka.

Hatta residen Inggeris termasuk Raffles dan lain-lain semuanya mahir tulisan Jawi.

Bahkan dokumen kemerdekaan 31 Ogos 1957 pun ditulis dalam Jawi.

Tulisan Jawi menjadi asas dalam pembelajaran di sekolah sehingga pada tahun 60-an.

Menteri Pendidikan pada masa itu memansuhkan tulisan Jawi dari kurikulum pembelajaran kebangsaan. Namun ia masih diajar di sekolah kebangsaan pada tahun 70-an.

Masih segar dalam ingatan guru Cina mengajar jawi.

Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri kelima, memperkenalkan JQAF antaranya mengembalikan pembelajaran Jawi secara sistematik.

Malangnya, akhbar tulisan Jawi hilang dari cetakan kecuali beberapa halaman dalam Utusan Melayu.

Dahulu ada sisipan Jawi, Jawi atas talian tetapi sekarang entah ke mana. Tetapi akhbar tulisan Mandarin dan Tamil masih kelihatan sehingga kini.

Di manakah akhbar tulisan Jawi kita?


PROF DR MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Tinggi Islam (IAIS) Antarabangsa Malaysia.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini?

Lihat Komen
ADS