Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Surat
Jejak Kemboja 2019: Khidmat masyarakat UiTM Melaka

Akademi Pengajian Islam (ACIS), UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan program khidmat masyarakat di Pusat Tahfiz Maulana Osman, Kampong Troyong, dan Al-Rahman School & Ummu Aiman Orphanage House, di Phnom Penh, Kemboja.

Inisiatif yang berlangsung dari 22 ke 28 Disember ini adalah salah satu usaha dalam menterjemahkan aspirasi UiTM dalam kerja-kerja kesukarelawan dan khidmat masyarakat bagi menjamin kelestarian UiTM sebagai universiti untuk masyarakat sama ada di peringkat lokal atau antrabangsa.

Misi kemanusiaan dan kemasyarakatan yang disertai 55 sukarelawan ini meliputi pembinaan 33 buah telaga, 4 buah tempat wuduk masjid, sumbangan khatan kanak-kanak, pemberian alat tulis, kitab Muqaddam dan Kitab Surah-Surah, sumbangan berbentuk keperluan harian dan sumbangan wang tunai.

Jumlah keseluruhan wakaf, sedekah dan infak yang yang diterima daripada pelbagai pihak untuk program ini adalah sebanyak RM56,000.00.

Menurut Muaz Mohd Noor, pengarah program Jejak Kemboja 2019, program bertemakan 'CSR, Infak & Wakaf' ini memperlihatkan keprihatinan peserta terhadap penduduk Muslim di kampung tersebut yang mengalami kesukaran mendapat bekalan air bersih terutama di kawasan pendalaman.

Program ini juga membantu meringankan beban masyarakat miskin selain memupuk semangat kepimpinan, kesukarelawanan dan saling bantu membantu dikalangan warga ACIS dan UHEI, UiTM Cawangan Melaka.

Khatan percuma beramai-ramai

Selain itu, pihak penganjur telah menjalankan kolaborasi dengan pihak Persatuan pembelajaran Pasca Siswazah Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Terengganu, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) Cawangan Terengganu dan Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Terengganu untuk mengadakan program amal berkhatan percuma beramai-ramai kepada kanak-kanak yatim dan miskin yang kurang berkemampuan yang memakan belanja lebih RM3000.

Pengarah program Khatan Nusantara, Dr Mr Nujaimin Udin, Pakar Perunding Bedah Neurosurgeri HSNZ menyifatkan koloborasi ini istimewa dan sangat baik dalam usaha menjalinkan hubungan antara Hospital Terengganu dan UiTM Melaka. 

Kira-kira 200 kanak-kanak berjaya dikhatankan meliputi kanak-kanak lelaki dan perempuan, muslim dan bukan muslim, meliputi 5 buah kampung sepanjang misi ini.

Turut bersama-sama dalam program ini ialah Dato Dr Rosemi bin Salleh, Pakar Perunding Kanan Perubatan dan Gastroenterologi HRPZ II, bersama 30 pagawai dan pakar-pakar bertauliah dalam program sepanjang empat hari ini. Dalam program ini, pihak penganjur turut menyampaikan sumbangan beras dan wang tunai, selain mengadakan kenduri masyarakat secara bergotong-royong.

Program ini turut menempa sejarahnya tersendiri apabila ACIS dan HEI, UiTM Melaka menjadikan sekolah tahfiz persendirian ini sebagai sekolah angkat. Persetujuan ini dikemukakan penasihat program Jejak Kemboja 2019, Prof Madya Dr S Salahudin Suyurno' bersama mudir sekolah Tahfiz, Ustaz Maulana Othman.

Pada sebelah petangnya, pihak penganjur juga telah mengadakan kunjungan ke penempatan ibu-ibu tunggal untuk menyampaikan sumbangan. Seramai lebih 70 ibu-ibu tunggal termasuk ketua-ketua keluarga menerima sumbangan beras dan wang ringgit.

Pada hari ketiga, peserta turut diraikan ibu pejabat kedutaan Malaysia di Kemboja apabila pihak kedutaan sudi mengaturkan taklimat dan diskusi bersama Khairul Gadafi Kamaludin, Timbalan Duta Malaysia di bangunan kedutaan. 

Peserta turut mengadakan diskusi ilmu bertajuk pengurusan sekolah, zakat dan wakaf bersama Hj Irsyad Hj Yusof, AJK pejabat mufti Kemboja (mewakili mufti), merangkap mudir besar sekolah al-Nikmah al-Islamiyah Phnom Penh.

Wacana ilmiah bersama pejabat mufti Kemboja ini bertujuan mengetahui pelaksanaan dan keberkesanan perjalanan infak, zakat dan wakaf di Kemboja. 

Perkongsian ilmu dan jaringan organisasi ini sangat penting dalam menambaikbaik dan memperkasakan infak, zakat dan wakaf UiTM Cawangan Melaka dengan menghubungkan informasi dan pengetahuan di antara pihak universiti dengan pihak industri.


MUAZ MOHD NOOR ialah pengarah program Jejak Kemboja 2019.

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS