SURAT

Covid-19 dan kebangkitan semula fakulti rohani

Ronald Benjamin

Diterbitkan
Dikemaskini 19 Mac 2020, 2:20 tengahari

Pandemik Covid-19 telah membawa banyak negara ke arah krisis ekonomi dan penderitaan. Tetapi ia juga mencerminkan kerendahan hati - menerima hakikat bahawa ada kekurangan dalam apa yang diertikan sebagai kemajuan manusia.

Sekiranya terdapat kuasa yang membinasakan manusia, maka terdapat juga kuasa kekuatan kasih sayang dan kebaikan yang berasal dari tuhan dan cinta terhadap kemanusiaan yang melampaui batas geografi identiti, bangsa dan agama.

Dalam situasi ini terdapat keperluan untuk memulihkan fakulti rohani kita pada masa yang sukar ini, yang memunculkan kerendahan hati, kebaikan, kepercayaan dan harapan kepada dunia yang mengalami kekacauan dengan krisis kesihatan, ekonomi dan sosial.

Isolasi dan jarak sosial susulan pandemik ini harus membantu kita merenung semula kebijaksanaan spiritual hubungan manusia yang progresif.

Fakta menunjukkan walaupun kemajuan dunia dicapai dari segi inovasi dan penciptaan teknologi, manusia masih terdedah kepada penyakit dan bencana alam yang melampaui pemikiran manusia yang terbatas.

Pandemik koranavirus tidak ada kecenderungan kepada orang kaya dan golongan miskin, bahkan golongan elit politik dan perniagaan yang mendapat keistimewaan dengan keselamatan terbaik yang boleh dibeli oleh wang.

Dalam trajektori politik global semasa, pergerakan populis yang berakar dalam politik identiti cenderung untuk membezakan antara satu komuniti etnik dan yang lain, yang juga jelas dalam senario politik dan ekonomi Malaysia.

Pandemik virus menunjukkan dengan jelas bahawa kita hidup dalam dunia yang saling bergantung.

Pandemik yang bermula dari wilayah Wuhan, China telah merebak ke negara-negara lain.

Ia bukan virus China seperti dijelaskan Presiden Donald Trump daripada Amerika Syarikat yang mahu penyokongnya percaya, tetapi krisis yang menunjukkan kepentingan rohani menghancurkan identiti, ego dan pemisahan dan berfokus kepada yang penting untuk kelangsungan hidup dan kemajuan manusia.

Oleh itu, pandemik Covid-19 harus menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia untuk menghidupkan semula fakulti rohani mereka dan berusaha ke arah kemanusiaan dan hidup bersama, dan berhenti memikul ketaksuban rasis dan keagamaan yang memisahkan - virus yang menyebabkan pengasingan sosial.

Selepas krisis berada di tahap stabil, rakyat Malaysia harus menjangkau orang-orang agama lain di masjid, gereja dan kuil untuk menghargai kemanusiaan kita.

Perbuatan ini bukan sekadar tanggungjawab NGO antara agama.

Mari kita memulihkan fahaman rohani cinta kita, kepercayaan kepada kasih sayang dan amalan yang membina sesama rakyat Malaysia yang akhirnya akan mengalahkan kesan pandemik koronavirus.


RONALD BENJAMIN ialah setiausaha Persatuan Kebajikan, komuniti dan dialog.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.