Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang
mk-logo
Surat
SURAT | Parlimen Belia bukti anak muda bukan kaki lepak kedai kopi

Dengan tema “Redefining Malaysia: A New Path Taken”, ahli Parlimen Belia Malaysia telah membuktikan anak muda di Malaysia bukan lagi kaki lepak kedai kopi.

Selari dengan norma baharu ini, Parlimen Belia Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan persidangan secara dalam talian yang telah berlangsung pada 25 Ogos 2020 dan dikenali sebagai Malaysia YouthLeaders Assembly (MYLA) 2020.

MYLA 2020 ini telah berjaya mengupas sebanyak 17 topik utama iaitu ekonomi, politik, keselamatan siber, kemampanan alam sekitar, modal insan, pelancongan, revolusi industri 4.0, pemerkasaan wanita, perpaduan, hak asasi manusia, keselamatan makanan, kesihatan mental, keusahawanan, pendidikan, hubungan antarabangsa, kepempinan belia dan sosioekonomi belia.

Persidangan yang membincangkan agenda negara ini telah dirasmikan oleh Muhyiddin Mohd Yassin, perdana menteri, ini juga turut menampilkan seramai 58 panel jemputan dari pelbagai latar belakang dan kepakaran seperti TYT.

Andrew Goledzinowski AM, pesuruhjaya tinggi negara Australia di Malaysia, dan tidak lupa juga kepada Dr Amalina Che Bakri yang kini berkhidmat sebagai doktor perubatan di kota London.

Walaupun perbezaan waktu (time zone) yang ketara, Dr Amalina Bakri sanggup bersama anak muda untuk berkongsi pendapat dan pengalaman berkaitan topik pemerkasaan wanita.

Tambahan pula, yang menjadikan perkongsian pada hari ini lebih menarik apabila beberapa pemimpin politik tanah air seperti Dira Abu Zahar, Thinalan Rajagopadu, Fahmi Fadzil, Juwairiya Zulkifli, Arthur Joseph Kurup dan Senator Liew Chin Tong dapat duduk bersama-sama dengan niat berkongsi ilmu dan juga mendidik anak muda dalam persidangan MYLA 2020.

Dalam persidangan ini Dira Abu Zahar telah menyatakan bahawa “ahli politik perlu tahu bila perlu berhenti” apabila ditanya tentang had umur persaraan ahli politik di Malaysia.

Menurut Pengarah MYLA 2020, saudara Shatesh Kumar Sangar:

“Pandemik wabak Covid-19 telah mempercepatkan proses pendigitalan masyarakat dengan meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia menggunakan platform digital dalam urusan seharian.

“Oleh yang demikian, saya bersama ahli parlimen belia yang lain mengambil peluang ini untuk tidak ketinggalan dalam bagi para pemimpin belia di negara ini dalam membincangkan polisi dan agenda negara terus dengan panel jemputan.”

Pada penghujung persidangan ini, MYLA2020 telah disenarai pendek bagi dua rekod dalam Malaysia Book of Record iaitu, jumlah panel penceramah dan jumlah peserta paling ramai dalam ini turut mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lebih 55 gerakan belia dalam dan luar negara.

Selain itu, lebih 3,000 anak muda (15-30 tahun) telah mendaftarkan diri sebagai peserta persidangan ini.

Terdapat juga peserta dari pelbagai negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Australia, Somalia, Kenya, UK dan Jerman.

Persidangan ini juga telah mendapat sokongan daripada menteri besar Johor dan dalam usaha melibatkan belia dalam tadbir urus kerajaan.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen