Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Surat terbuka buat PM tentang bantuan pusat jagaan OKU
Diterbitkan:  Jan 4, 2021 3:15 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Ke hadapan YAB Muhyiddin Mohd Yassin, perdana menteri Malaysia yang pastinya arif lagi adil pertimbangannya.

Seperti YAB Tan Sri sedia maklum, semua pusat jagaan telah ditutup operasi berikutan pandemik Covid-19 melainkan untuk anak-anak petugas barisan hadapan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pusat jagaan masih tidak mampu beroperasi atas pelbagai sebab, terutamanya pada tiga bulan terakhir ini.

Kami pengendali pusat-pusat OKU merayu agar disalurkan bantuan khas kepada pusat-pusat OKU yang telah terjejas teruk berikutan arahan penutupan. Sebahagian pusat OKU juga berkemungkinan akan terpaksa ditutup operasi sepenuhnya berikutan lanjutan PKPB. Kami tidak mengharapkan jumlah yang banyak, tetapi cukup sekadar untuk meringankan beban kami menampung kos gaji kakitangan dan bayaran sewa premis.

Bantuan segera amat diperlukan terutama kerana isu ini melibatkan kebajikan golongan paling tidak berdaya dalam komuniti kita. Bantuan juga diperlukan bagi memelihara kebajikan kakitangan pusat OKU yang selama ini menumpahkan khidmat sepenuh jiwa dan tenaga meskipun tanpa imbalan setimpal. Tanpa bantuan segera, golongan yang telah banyak berjasa kepada golongan OKU ini akan hilang mata pencarian mereka.

Sejak 1 April 2020, pihak kerajaan telah menawarkan Program Subsidi Upah (PSU) melalui Perkeso bagi menampung kos gaji kakitangan. Walau bagaimanapun, PSU berakhir pada 31 Disember 2020 meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021 di beberapa kawasan termasuk Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Semua pusat OKU juga para kakitangan kami terkesan dari segi kewangan berikutan pandemik berterusan ini. Bukan sahaja itu, anak-anak autisme yang sudah sekian lama meninggalkan sesi pembelajaran dan terapi mereka juga mengalami kemerosotan dalam perkembangan minda dan kemahiran mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. 

Bantuan khusus bagi pusat-pusat yang memberi khidmat kepada OKU adalah lebih daripada wajar kerana belum ada lagi sebarang insentif khas untuk pusat OKU swasta di dalam pakej rangsangan ekonomi yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Pusat OKU swasta juga berusaha keras bagi menyediakan penjagaan, terapi dan pendidikan terbaik kepada anak-anak OKU yang pastinya mempunyai hak terhadap pendidikan yang berkualiti.

Besar harapan kami agar pihak YAB Tan Sri dan semua pihak berkaitan dapat melihat isu ini dari sudut pandang kami, dan membantu kami mengekalkan punca pendapatan dan menjaga kebajikan mereka yang terjejas pada masa ini.

Sekian, terima kasih.

“Jiwa raga kami demi kemanusiaan”

Yang benar,

1. AL-MUSTAQEEM M RADHI
YAYASAN PENDIDIKAN INSANI

2. MOHD FAKHRI NOR AFFANDI
PUSAT JAGAAN TERAPI AUTISTIK NOURI

3. MASTURA ABDUL MUTALIB
LANGKAWI AUTISM CARE CENTRE

4. SITI KHADIJAH
AKADEMI REMAJA ISLAM AUTISME MALAYSIA (ARISMA)

5. ZAINI ABBAS
PERTUBUHAN KEBAJIKAN PONDOK OKU (PONDOKU)

6. WAN FARA ADILA WAN AHMAD KASPI
REMARKABLE THERAPY CENTRE

7. DORIS CATHERINE LIM
PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK ISTIMEWA SELANGOR

8. DAVID NGU TAI GIIN
PERSATUAN AUTISME SIBU

9. SALBIAH AINUDIN
RUMAH ADLEY

10. ZAINUN MOHD ASHHARI
ZENSORI CARE CENTRE

11. RAAGINEEDHEVI SUBRAMANIAM
PUSAT JAGAAN & LATIHAN INSAN ISTIMEWA IMC

12. GHAZALI YUSRI ABD RAHMAN
RUMAH PERSATUAN MALAYSIAN ADVOCATES FOR CEREBRAL PALSY (MyCP)

13. NAZMIN ABDULLAH
PERLIS SPECIAL TEENS CENTRE (PeSTeC)

14. HAMIATUL HAWARY AZIZAN
HAWARY SPORTS CENTRE

15. NOORSUHADA SAMSURI
PERSATUAN WARGA SINDROM DOWN NEGERI SELANGOR

16. MURNIRA YUNUS
TADIKA NADI INTELEK

17. DR ONG PUAY HOON
PERSATUAN DISLEKSIA SARAWAK

18. ROHANI AHDIRIN
PERSATUAN PENDIDIKAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR (PPAIS)

19. NURUL SHERIENA MUSA
NUHA KIDS HOLISTIC EDUCATION

20. ROBIAH JAMAIN
GOMBAK DISLEKSIA SERVICES

21. ROHAIZA AZREEN SAAID
TADIKA REHABILITASI MENTARI (MENTARI TLC)

22. NORASHIKIN ISMAIL
ASHIKIN SPECIAL EDUCATION CENTRE

23. DOLLAH SAID
AKADEMI AQUAPUTRA MALAYSIA

Lihat Komen
ADS