Mengapakah sebuah syarikat konsesi tol di negara ini begitu berkuasa hingga boleh menyekat jalan sebuah kawasan perumahan yang mempunyai 60,000 penduduk. Siapakah pemilik syarikat ini? Siapakah yang memberi kuasa kepadanya hingga berani menafikan hak asasi rakyat?

Syarikat yang saya maksudkan ialah Grand Saga Sdn Bhd . Syarikat ini telah menyekat jalan utama Bandar Mahkota Cheras. Sebuah taman yang mempunyai 12,000 buah rumah, dan juga Bandar Sungai Long yang mempunyai 9,000 buah rumah.

Sekarang penduduk di kedua-dua kawasan ini terpaksa mengambil jalan sejauh 6.7km dan melalui tol Grand Saga. Jika jalan utama yang sepatutnya dibina pada tahun 1997 dibuka, penduduk dapat menjimatkan masa, duit minyak dan tol.

Penduduk Bandar Mahkota Cheras telah banyak kali menghantar memorandum kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kerjaraya, Jabatan Perdana Manteri, Menteri Besar Selangor, Ahli Parlimen, ADUN and Majlis Perbandaran Kajang, tetapi, sampai sekarang tiada siapa mengambil peduli masalah ini.

Datuk Seri S Samy Vellu sebaliknya berkata, jalan utama Bandar Mahkota Cheras adalah haram. Betulkah cakap beliau itu atau adanya pihak yang mahu melindungi Grand Saga.

Penduduk sangat tertekan hingga terpaksa mengadakan demonstrasi sebanyak 13 kali dalan masa empat bulan ini. Lebih menyedihkan, ketika demonstrasi diadakan pihak polis telah datang mengugut rakyat, bukannya untuk menolong rakyat. Bukankah polis sahabat rakyat? Kenapa pula polis melindungi kepentingan sebuah syarikat sewasta?

Siapakah Grand Saga ini hingga kerajaan tidak boleh melakukan apa apa, walaupun semua pihak menyetujui penutupan jalan itu tidak patutnya berlaku.

Saya haraplah ada pihak yang perihatin tampil menolong rakyat di Bandar Mahkota Cheras. Diharap masih ada keadilan di negara ini!