Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Sejak kanak-kanak, saya beranggapan bahawa sastera dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Malah, para pemimpin juga sentiasa melaungkan semboyan perpaduan.

Menurut Wawasan Kemakmuran 2030, kerajaan berharap untuk meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka. Perpaduan antara kaum dan agama juga impian kita semua sebagai pendudukan yang setia kepada tanah tumpahnya darah.

Namun begitu, tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membezakan antara “Tuhan” bagi orang Islam dan “tuhan” bagi orang bukan Islam mampu menghancurkan segala usaha ke arah perpaduan kebangsaan.

Sebagai seorang penulis yang aktif berkarya sejak tahun 2014, saya sentiasa menggunakan “Tuhan” (huruf besar) kerana saya menghormati semua agama. Dua buah cerpen saya termuat dalam antologi Meredah Kabus (2021) terbitan DBP. Saya amat kecewa apabila menyedari “Tuhan” dalam manuskrip cerpen saya ditukar kepada “tuhan”.

Tindakan DBP menimbulkan rasa tidak senang hati dalam kalangan penulis dan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Saya berharap DBP akan segera membetulkan kesilapan yang berlaku. Jika tidak, usaha perpaduan akan terus terjejas.


THANUSYA SHANMUGANATHAN ialah penulis novel Tak Sengaja Cinta (2014) dan Cik Cemerkap vs Encik Selfie (2016). Cerpen beliau juga termuat dalam pelbagai antologi, termasuk terbitan DBP.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS