Most Read
Most Commented
Read more like this

Tindakan Khairy Jamaluddin menggunakan masyarakat Cina untuk menakut-nakutkan orang Melayu adalah suatu yang melampau dan megguris hati masyarakat Cina di seluruh Malaysia. Beliau patut meminta maaf kepada masyarakat Cina negara ini.

Memang patut Khairy menyedarkan ahli-ahli Umno supaya bersatu antara satu sama lain. Tetapi, caranya adalah salah sama sekali kerana mengibaratkan masyarakat Cina adalah masyarakat yang pandai mencari peluang menuntut hak-hak mereka ketika Umno menjadi lemah.

Jikalau Khairy tidak bermaksud untuk mengguris hati masyarakat Cina, kenapa menggunakan masyarakat Cina sebagai contoh? Apabila Khairy menggunakan kes Suqiu sebagai contoh, terbukti beliau berniat mengguris hati masyarakat Cina.

Dan saya mahu tegaskan adalah tidak salah pula bagi Pemuda dan Wanita MCA mendesak Khairy memohon maaf kerana menantu Perdana Meneteri itu bukan hanya mengguris hati MCA dan Gerakan, tetapi masyarakat Cina di seluruh Malaysia.

MCA dan Gerakan hanyalah bertanggungjawab menghantar mesej ketidakpuasan masyarakat Cina kepada Khairy.

Naib Ketua Pemuda Umno Kedah, Zulfekri Awang pula berkata, kalau dia tidak bersuara buat apa dia menjadi pemimpin Melayu? Ya memang benar, tetapi fikirlah terlebih dahulu sebelum bersuara, apa yang perlu dititik beratkan ialah suara yang dikeluarkan akan menyinggung perasan orang lain atau tidak?

Soalan saya kepada ahli-ahli Umno, jikalau MCA berkata masyarakat Melayu akan mengambil peluang menuntut hak-hak mereka lebih mendalam ketika MCA menjadi lemah. Wahai ahli-ahli Umno sekalian adakah anda akan berdiam diri jikalau MCA membuat kenyataan sedemikian? Adakah anda tidak akan terasa tersinggung?

Adakah MCA tidak perlu meminta maaf juga kepada masyarakat Melayu kerana kenyataan tersebut dibuat untuk menyedarkan masyarakat Cina? Wahai ahli-ahli Umno dan masyarakat Malaysia, tanya diri anda sendiri dahulu sebelum anda menjawab soalan ini.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS