Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
SURAT | Menjawab kecaman PAS terhadap penyelidikan gender ketiga oleh Suhakam
Diterbitkan:  Jun 17, 2021 5:44 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Kami melahirkan kebimbangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS bertajuk “PAS bantah cubaan Suhakam untuk iktiraf LGBTQ” pada 15 Jun 2021.

Sebagai salah satu parti komponen dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional, kenyataan tersebut telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat, khususnya individu transgender di Malaysia yang hampir setiap hari terpaksa berhadapan dengan diskriminasi daripada sistem pentadbiran, penguatkuasaan undang-undang dan pencabulan hak asasi.

Suhakam sebagai sebuah badan berkanun telah dipertanggungjawabkan untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan serta tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah perlu bagi melindungi dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia (Seksyen 4 (1) (b) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999).

Di dalam menjalankan fungsinya Suhakam mempunyai kuasa untuk ‘mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu.” (Seksyen 4 (2) (a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999).

Tawaran penyelidikan bertajuk “Feasibility of having legislation of the recognition of a third gender in Malaysia” adalah salah satu daripada tanggungjawab statutori Suhakam dalam melaksanakan mandat yang telah diberikan kepadanya melalui undang-undang persekutuan.

Sebagai sebuah parti yang berasaskan Islam, tindakan PAS yang secara bermudah-mudah menuduh “…tawaran kajian mengenai ‘third gender’ yang amat jelas bertentangan dengan agama Islam…” dilihat sebagai tindakan melampau yang antiilmu dan intelektual.

Bahkan kami juga ingin mengingatkan bahawa kajian dan penyelidikan adalah perlu dalam menggubal undang-undang dan dasar-dasar kerajaan yang akan memberikan manfaat kepada rakyat, termasuk minoriti seksual.

Pengiktirafan kepada kepelbagaian gender bukanlah sesuatu yang baru atau produk liberal dan barat.

Pakistan dan Bangladesh yang mempunyai majoriti penduduk Muslim telah mengiktiraf gender ketiga dari 2009 lagi.

Pada 2019, Suhakam telah menjalankan penyelidikan berjudul “Study on discrimination against transgender persons based in Kuala Lumpur and Selangor (rights to education, employment, healthcare, housing and dignity)”. Penyelidikan tersebut telah mendedahkan penindasan dan diskriminasi sistemik yang terpaksa dihadapi oleh individu transgender kerana ketiadaan sistem perundangan yang baik serta memberikan perlindungan terhadap individu transgender.

Suhakam juga telah memberikan beberapa saranan kepada kerajaan Malaysia untuk memperbetulkan ketimpangan sistem yang sedia ada serta usaha-usaha menghapuskan diskriminasi terhadap individu transgender.

PAS sepatutnya menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang undang tertinggi negara yang telah memberikan hak dan perlindungan kepada semua warganegara termasuk transgender.

Perkara 5, 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kepada golongan transgender untuk hidup dan dilayan secara adil dan saksama tanpa diskriminasi serta hak untuk mengekspresikan diri dan pendapat.

Islam adalah agama yang sepatutnya memberikan rahmat kepada semua manusia, termasuklah golongan transgender. Tetapi perkara tersebut jauh daripada realiti.

Kami juga ingin mengingatkan PAS bahawa hukum Islam tidak seharusnya statik dan tidak berkembang selari dengan perkembangan zaman serta dapatan-dapatan baru dalam ilmu sains dan perubatan.

Ini selari dengan kaedah fikah yang menyatakan taghayyur al ahkam bi taghayyur al amkinah, wa al azminah wa al ahwal (Perubahan hukum dengan berubahkan tempat, masa dan keadaan).

Bahkan perbincangan tentang pengiktirafan terhadap gender ketiga telah dibahaskan oleh ilmuwan Islam di serata dunia.

Pada tahun 1988, Sheikh Dr Tantawi telah mengeluarkan fatwa yang membenarkan sex reassignment surgery (SRS) dijalankan terhadap Sally Mursi, mahasiswa perubatan di Universiti Al Azhar.

Di Malaysia, Timbalan Mufti Johor, Syed Alwee Abdullah telah mengahwinkan Sari Kartina Abdul Karim, seorang perempuan transgender dengan lelaki cisgender pada tahun 1975.

Di dalam kenyataannya, Syed Alwee menyatakan, “Hanya orang-orang yang tidak mengikuti perkembangan ilmu sains yang meluas, tidak akan percaya perkara yang telah terjadi ke atas Cik Kartina itu akan berlaku.”

Pengiktirafan kerajaan terhadap transgender bukanlah satu perkara baru atau agenda barat dan liberal.

Keberadaan dan pengiktirafan terhadap transgender telah wujud di Nusantara semenjak dari dahulu lagi.

Pada era 60-an hingga 80-an, SRS dibenarkan dan kos dibiayai oleh kerajaan serta pertukaran dokumen pendaftaran diri juga dibenarkan.

Pada awal tahun 80-an juga, Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan ditubuhkan di bawah naungan Kementerian Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang aktiviti-aktiviti serta program kemahiran diri diadakan seperti kursus jahitan dan dandanan rambut.

Di samping itu aktiviti kemasyarakatan juga diadakan seperti gotong royong dan sukan.

Persatuan Mak Nyah juga dibenarkan menyertai program perpaduan masyarakat pada masa itu dengan baju kurung seragam dan lencana persatuan.

Kami berharap agar penyelidikan ini diteruskan oleh Suhakam dan mengingatkan bahawa sebarang usaha yang menghalang penyelidikan dan kajian akan memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Kajian dan penyelidikan akan terus berjalan seiring dengan perkembangan waktu dan ia tidak lain untuk kemaslahatan negara, agama dan rakyat yang akan terkesan dengan setiap perundangan dan dasar-dasar yang digubal oleh pemerintah.

Kenyataan ini dikeluarkan bersama oleh kumpulan dan individu di bawah:

Organisasi

1. AGORA Society
2. All Women’s Action Society (AWAM)
3. BENTARAKATA
4. Beyond Borders Malaysia
5. Centre of Excellence for Research in AIDS (CERiA) at Universiti Malaya
6. Diversity Malaysia
7. Federation of Reproductive Health Associations Malaysia
8. Good Samaritan Kuala Lumpur (GSKL)
9. International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans & Intersex Association (ILGA) Asia 10.JEJAKA
11.Jurnal Sang Pemula
12.Justice for Sisters
13.KRYSS Network
14.Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Women Section 15.Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Youth Section 16.Legal Dignity
17.Life Under Umbrella
18.Lingkaran Islam Tradisional (LIT)
19.Malaysia Youths and Students Evolution Johor Branch
20.Malaysia Youths and Students Evolution Melaka Branch
21.Malaysian Action for Justice and Unity (MAJU)
22.Malaysian AIDS Council (MAC) & Malaysian AIDS Foundation (MAF)
23.Malaysian Network of Transwomen (MyNETRA)
24.Monsters Among Us (MAU)
25.New Student Movement Alliance of Malaysia (NESA)
26.Pelangi Campaign
27.Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM)
28.People Like Us Hang Out! (PLUHO)
29.People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
30.Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+) 31.PT Foundation
32.Sabah Reform Initiative (SARI)
33.SEED Malaysia
34.Sisters in Islam
35.Sisters United
36.Student Progressive Front UUM
37.Student Unity Front UKM
38.Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak (TKHAS)
39.The Centre for Independent Journalism (CIJ)
40.Transmen of Malaysia
41.University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
42.Young Democrats Malaysia

Individu

43. Abdul Adieka Amirul
44. Afiq Mohd Noor
45. Aisha Adam
46. Ameer Fattah Zainal
47. Ananti Rajasingam
48. Andi Suraidah
49. Anushiya Karunanithy
50. Arie Abdullah
51. Asyh Sait
52. Ayaya Kugimiya
53. Bakhtiar Talhah
54. Breanna Au
55. Chella Sri
56. Chew Chuan Yang (Dobby)
57. Connie Connor
58. Daniel Ruba'ai
59. Danisha Affandi Tahir
60. Davina Gan
61. Dian Batrisya Ahmad
62. Dorian Wilde
63. Dorian Wilde
64. Dr Joseph N. Goh, Monash University Malaysia
65. Dr Lyana Khairuddin
66. Dr Subatra Jayaraj
67. Dr Teh Yik Koon
68. Egha Elias
69. Eizarra Elysa
70. Elaine Chong
71. Ellya Zaira
72. Fabilah Yunus
73. Fauziah
74. Fazelyn Jaafar
75. Fazira Zarifah
76. Francis Langgie
77. Henry Koh
78. Idzuafi Hadi Kamilan
79. Ilya Qastalanni
80. Ineza Roussille
81. Jane Kasim
82. Jeremy Kwan
83. Jeremy Tan
84. Jozzie
85. Juita Jaafor
86. Kaiser Ho
87. Kenneth Cheng
88. Khartini Slamah
89. Kieran Li Nair
90. Lalita Abdullah
91. Leeya Mohammad
92. Manis Chen
93. Marina Mahathir
94. Megan Steven
95. Mimi Ahmad
96. Minisha Deepu
97. Mohd Faizal Musa (Faizal Tehrani)
98. Mona Hanim Sheikh Mahmud
99. Nabil Razali
100. Nazreen Nizam
101. Ng Lai Oon
102. Nik Elin Nik Abdul Rashid
103. Nisha Ayub Yva
104. Nitthia
105. Nora Murat
106. Patricia Majestic
107. Puspa
108. Rania Zara Medina
109. Richard Murphy
110. Shaimaya
111. Shanon Shah
112. Sharan Manthira Naidu
113. Siti Kasim
114. Steward Stephen
115. Sulastri Ariffin
116. Suriani Kempe
117. Tasha Yasmin
118. Thilaga
119. Tony N
120. Tricia Ho
121. Vijaya Sooria Sangaran Kutty
122. Vivienne Lee Abdullah
123. Wayne Lee
124. William Liam
125. Win Z. Zakaria
126. Yume K
127. Yusmar Yusof
128. Yusralhakim Yusoff
129. Zainah Anwar
130. Zharif Badrul


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS