Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya mencadangkan untuk menangani gejala Mat Rempit ini, jangan lupa untuk menangani gejala Adik Rempit. Mereka ini sering diabaikan dan tiada tindakan diambil langsung kerana mereka inilah yang akan menjadi bakal-bakal Mat Rempit.

Adik-Adik Rempit ini ialah mereka yang berumur bawah 17 tahun tetapi mendapat lesen membawa motosikal bukannya dari JPJ tetapi dari Fama (father and mother). Kalau kita perhatikan di kampung-kampung dan di taman-taman perumahan sekarang ini sudah tidak terkawal langsung mereka bawah 17 tahun ini membawa motosikal, malah ada yang masih sekolah rendah membawa motosikal dengan aksi yang membahayakan, tiada lesen, tiada topi keledar, membawa lebih dari seorang pembonceng, membawa rakan-rakan dan adik-adik kecil.

Harap pihak berkuasa ambil tindakan serius ke atas Adik-Adik Rempit ini. Janganlah kerana Adik-Adik Rempit ini anak kita sendiri, atau anak jiran kita, maka kita biarkan mereka membawa motosikal bawah umur dan tanpa lesen JPJ.

Kalau tidak Mat-Mat Rempit akan tiada rasa hormat kepada pihak berkuasa kerana membiarkan Adik-Adik Rempit ini menggantikan tempat mereka sekiranya mereka bersara atau dipenjara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS