Most Read
Most Commented
Read more like this

Berikut sebuah catatan tentang detik terakhir seorang saudara Islam yang meninggal dunia pada bulan Oktober 2006. Pesakit itu telah cuba mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Apa yang berlaku ini sebagai peringatan kepada orang ramai.

Pesakit berumur 47 tahun itu bertugas sebagai penyelia di sebuah masjid di ibukota. Awal Ramadhan lalu pesakit kurang selera makan, namun bertekad untuk berpuasa dan bekerja seperti biasa. Masuk minggu ketiga beliau telah kehilangan lebih 50 peratus berat badan. Atas nasihat majikan, beliau melawat klinik panel untuk dapat rawatan.

Lazimnya, sesiapa mengalami penurunan badan amat drastik doktor terlebih dahulu menimbang berat pesakit. Kemudian dikira pula berapa kehilangan susut badan. Tindakan awal ialah menyembuh atau menstabilkan keadaan pesakit. Malangnya ini tidak dilakukan.

Dalam keadaan pesakit bertambah kurus dan kurang pemakanan, dia disuruh makan ubat mencuci usus bagi tujuan x-ray. Inilah yang menjadi pukulan kepada pesakit sehingga terkena cirit-birit setiap hari semenjak menelan ubat tersebut.

Temujanji kali empat itu adalah yang terakhir. Di saat kecemasan pesakit perlukan ubat, doktor pula meminta surat jaminan dari majikan bagi kali keempat. Walaupun sudah diberi tiga surat sebelumnya. Pukul 4.30 petang disuruh keluarga bergegas dari hospital di Jalan Tun Razak ke Bangsar Baru untuk ambil surat terbaru. Mesti beri sebelum pukul 5.15 petang kerana besoknya doktor mula bercuti. Tentunya mustahil dengan trafik orang keluar pejabat dalam bulan Ramadhan.

Majikan si pesakit sempat hantar 'letter of guarantee' ke hospital melalui faks. Masyallah, apa salahnya doktor menulis dahulu 'prescription' ubat sementara tunggu surat sampai? Hendak beri 'prescription order' ke farmasi dalaman hospital pun seolah nanti rugi. Lainlah kalau ubat sudah diambil tak terbayar. Entah ubat yang dijual kepada pesakit itu mujarab pun belum tentu. Seperti seorang pencuri memanggil orang lain pencuri.

Pesakit tak sempat berjumpa semula doktor pada 31 Oktober. Dia meninggal dunia di rumah pukul 11.30 pagi pada 31 Oktober. Pada saya, sebab sebenar kematian ialah 'dehydration' akibat pukulan ubat pencuci usus yang diberikan.

Kes yang menimpa allahyarham adalah sesuatu yang memalukan. Doktor tidak memberi keutamaan kepada pesakit sebagai pelanggan.

Mengapa pesakit diminta membawa surat jaminan majikan setiap kali ke hospital berkenaan? Adakah jika 10 kali pergi, pesakit perlu membawa 10 surat? Setiap surat mesti bertarikh hari temujanji kalau mahu surat diterima oleh hospital. Tidak memadai kalau cuma satu surat seperti lazimnya untuk laku bagi satu tempoh tertentu? Hospital hanya mementingkan 'letter of guarantee' tapi tak pernah memberi 'satisfaction guarantee'.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada allahyarham dan keluarga beliau yang ditinggalkan buat selamanya.

ADS