Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT l Pencabulan hak asasi: Dasar luar Malaysia perlu dikaji, direformasikan

SURAT l Pada Oktober tahun lalu, kerajaan Malaysia mengambil pendirian berkecuali dalam isu pencabulan hak asasi etnik Uighur di China ketika laporan mengenainya diusul oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pendirian Malaysia dalam diplomasi antarabangsa yang kekal sebagai pendekatan 'menyelesaikan masalah menerusi rundingan' perlu direformasikan kerana pengecualian dalam menjaga hak kemanusiaan dianggap sebagai negara Malaysia tidak berpegang kepada amalan keuatamaan hak asasi manusia.

Manakala Sebanyak 50 negara menandatangani kenyataan yang dibacakan ketika perbahasan PBB yang mengutuk pencabulan hak asasi manusia yang 'teruk dan sistematik' di wilayah Xinjiang, China.

Pelanggaran hak asasi manusia yang teruk dan sistematik seperti itu tidak boleh dibenarkan atas dasar memerangi keganasan. Memandangkan graviti penilaian OHCHR, kami bimbang China setakat ini enggan membincangkan penemuannya.

Perkara yang sama pernah menjadi kegagalan kuasa dunia apabila berlakunya penghakisan kebebasan kehakiman, peminggiran minoriti dan ketidakadilan di Sri Lanka sehingga membawa kepada insiden-insiden brutal yang mencabar hak asasi manusia.

Malangnya Malaysia masih mengamalkan nilai kesederhanaan serta berkecuali dalam menangani isu hak asasi antarabangsa.

Malaysia perlu mereformasi dasar luar negara serta memberi penekanan kepada mana-mana negara yang mencabul hak Asasi manusia.

Dengan kewujudan Malaysia Baharu perlu ada satu resolusi yang “tegas” dalam menangani isu-isu berkaitan hak asasi manusia sehingga Malaysia dianggap sebagai negara yang memberikan penekanan serta keuatamaan kepada isu hak asasi manusia di rantau ini.

Beberapa organisasi media antarabangsa telah sudah membuat pendedahan terhadap sebuah fail yang mengandungi ratusan foto tahanan Uighur bertajuk The Xinjiang Papers dan maklumat layanan buruk yang mereka terima di kem tahanan.

Kompilasi dokumen tersebut mendedahkan jutaan etnik Uighur menjadi tahanan di kem pendidikan semula secara paksa.

Ada juga laporan membuktikan mereka yang ditahan dijadikan sebagai buruh paksa demi menyokong pertumbuhan pesat ekonomi China.

Malaysia juga perlu mengakaji kedudukan negara dalam PBB bukan sebagai “silent sitter” malah menjadi negara yang berperanan tinggi dalam menangani sebarang isu antarabangsa yang melibatkan penindasan hak asasi manusia.


SIVANESAN TAMIL SELVAM adalah ketua penerangan, alumni Parlimen Belia Malaysia.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS