Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini ini: Rafizi dakwa kena jerit dengan Anwar, tapi pemimpin PKR nafi.
Episod ini bagi saya adalah amat mengejut dan sedikit menakutkan.
Dua orang bekas menteri yang dilihat mempunyai komitmen yang tinggi terhadap agenda reformasi dalam pelbagai aspek kepimpinan, berdolak-dalik tentang insiden yang seserius itu.
Dua orang pemimpin yang boleh dianggap cream (terbaik) dalam sebuah pakatan parti yang memerintah, bercanggah antara apa yang berlaku dan tidak berlaku dalam satu mesyuarat yang mereka hadiri bersama.
Dan bila seorang mendakwa berlaku sementara seorang lagi mengatakan tidak, sudah tentu ia bukan perkara enteng.
Sudah tentu seorang bercakap benar dan seorang lagi tidak. Atau dalam bahasa mudah, seorang telah berbohong.
Implikasinya tersangat buruk. Lebih-lebih lagi apabila kedua-dua pihak adalah pemimpin besar atau bekas pemimpin tertinggi dalam parti yang jadi pemerintah.
Isu sekecil ini bukan boleh diambil mudah dan dibiarkan berlaku berlalu begitu sahaja.
RAMLI MOHD YUNUS adalah pembaca Malaysiakini dari Alor Setar, Kedah.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
